Skuad Hoki Remaja Kalahkan Australia 3-2

Diterbitkan: Rabu, 14 Oktober 2015 11:52 PM

Pemain Malaysia Khaliq Hamirin dan Najmi Jazlan cuba merebut bola sambil diasak pemain Australia, Hayden Beltz pada kejohanan hoki Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Skuad hoki remaja memperolehi kemenangan sulung dengan mengalahkan Australia 3-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya di sini.

Pemenang pingat emas Sukan SEA tahun ini bermula garang seawal babak pertama permainan dengan gol pertama disumbangkan oleh penjaring terbanyak negara kejohanan lepas, Muhammad Shahril Saabah.

Muhammad Shahril menyempurnakan gol tersebut pada minit kelima hasil pukulan dari sudut penalti oleh rakan sepasukan, Nik Mohd Aiman Nik Rozemi.

Australia, yang mendapat tujuh percubaan pukulan sudut penalti pada separuh masa, bagaimanapun gagal mendapat manfaat sehingga ke wisel penamat babak awal dibunyikan dengan Malaysia mendahului 1-0.

Skuad Perojek 2016 bimbingan Arul Selvaraj itu terus mendahului 2-0 pada permulaan babak kedua apabila Norsyafiq Sumantri berjaya mengalahkan penjaga gol Australia, Matthew Finn dengan jaringan pada minit ke-38.

Australia bangkit dengan gol pertama apabila jaringan sudut penalti yang kelapan akhirnya berjaya disempurnakan oleh Frazer Gerrard pada minit ke-43.

Skuad negara yang dibarisi separuh pemain junior dan senior itu, terus mengasak gawang lawan pada separuh masa kedua dan banyak membuat percubaan jaringan jarak jauh dalam usaha meraih gol seterusnya.

Malaysia memperolehi gol ketiga menerusi pukulan sudut penalti kedua oleh Nor Azrul Abd Rahman yang kemudiannya disempurnakan oleh Muhd Najmi Farizal Jazlan pada minit ke-56.

Skuad Australia, kendalian Ben Bishop, enggan mengalah dan mendapat gol kedua apabila jaringan Max Hendry mengalahkan penjaga gawang negara, Ridzwan Azmi pada minit ke-63.

Dengan baki permainan tinggal lima minit, Australia yang terdesak untuk mendapatkan gol menggantikan penjaga gol Finn namun ia tidak mengubah nasib pasukan itu.

Malaysia kini menduduki tangga keempat dalam pertandingan enam neghara itu dengan empat mata dan akan menentang India, Jumaat ini.

Terdahulu, India menambah tiga mata penuh setelah mengalahkan Argentina 3-2 pada perlawanan ketiga mereka di kejohanan ini.

Tiga gol mereka disumbangkan oleh Armaan Qureshi pada minit ketiga, Gurjant Singh pada minit ke-10 dan Nilakanta Sharma, yang menyempurnakan hantaran sudut penalti pada minit ke-48.

Gol Argentina pula disumbangkan oleh kapten pasukan, Maico Casella pada minit ke-39 dan Nicolas Keenan pada minit ke-55.

Sementara itu, Great Britain dan Pakistan masing-masing mengumpul satu mata setelah seri tanpa jaringan.

Selepas tiga perlawanan, Great Britain mengekalkan rekod tanpa dengan mendahului carta kedudukan dengan tujuh mata, hasil dua kemenangan dan satu seri.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan