Program Pembangunan Sukan Terus Diberi Keutamaan

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 2:57 PM

Eiman Firdaus Mohd Zamri

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Prestasi memberangsangkan dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang dilancarkan tahun lalu memberi gambaran jelas bahawa perancangan di peringkat akar umbi penting demi masa depan sukan negara.

Demi memastikan bukan hanya acara bola sepak sahaja diberi perhatian sebaliknya acara-acara sukan lain yang berpotensi menyumbang kejayaan besar kepada negara suatu hari nanti,  blueprint  Pelan Pembangunan Sukan Negara  yang membabitkan 15 jenis sukan bermula 2015 -2023 telah diumumkan baru-baru ini.

Jelasnya, program ini memerlukan kerjasama erat semua pihak dalam memainkan peranan masing-masing termasuk Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN) dan juga Majlis Sukan Negeri.

"Matlamat kita jelas iaitu melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia pada jangka masa panjang dan pada masa sama, muncul juara keseluruhan Sukan SEA ke-19 apabila kita menganjurkan temasya itu nanti pada 2017," jelas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin baru-baru ini.

Program Pembangunan Sukan Pilihan

Program ini lahir selepas Pembentangan Bajet pada Oktober 2014 yang dimumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan satu pendekatan baharu dalam program pembangunan atlet-atlet negara khususnya dalam acara tertentu.

Dengan adanya program seperti ini, ia lebih khusus perancangannya terutama di peringkat akar umbi bermula dari program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah, Program Pelapis Negeri dan Pelapis Kebangsaan sebelum atlet-atlet ini diserapkan ke peringkat atlet senior yang akan ke tahap terakhir iaitu Program Podium.

Antara acara sukan pilihan yang dipilih pada permulaan program ini ialah akuatik renang, badminton, berbasikal, olahraga dan sepak takraw yang diselaraskan oleh MSN.

Biarpun baharu sahaja dilancarkan, program ini sudah  bermula di peringkat daerah, negeri hingga kebangsaan dengan jumlah keseluruhan 7,291 atlet.

Daripada jumlah tersebut, 4,710 atlet berada di peringkat daerah, 2,192 atlet di negeri dan 389 atlet berada di peringkat kebangsaan yang terlibat dengan lima acara tersebut.

Manakala seramai 251 jurulatih peringkat daerah terlibat dalam program ini, 183 jurulatih di peringkat negeri dan 77 pengajar peringkat kebangsan dan ditempatkan di 498 pusat latihan yang diselaraskan oleh MSN seluruh negara.

"Jika pada 2014 kita tidak mempunyai pusat latihan di peringkat daerah, tahun ini kita sudah menubuhkan 314 pusat di bawah program ini. Malah pusat latihan negeri juga meningkat daripada 81 kepada 162 pusat tahun ini, manakala pusat latihan di peringkat kebangsaan meningkat daripada 9 kepada 22 pusat setakat ini," tambah Khairy.

Selain usaha memberi pendedahan kepada atlet, kemantapan pretasi atlet juga turut dinilai di bawah program ini. Penganjuran  kejohanan di peringkat negeri juga meningkat daripada 25 kepada 27, manakala di peringkat kebangsaan turut ditingkatkan daripada 30 kepada 40 kejohanan.

Secara asasnya, program ini bertujuan mencungkil dan mengasah bakat-bakat baharu bermula seawal usia 7 hingga 15 tahun menerusi Program Mengenalpasti Bakat Sukan (TID), Multilateral dan Bakat selain memperluaskan tapak penyertaan dengan penubuhan lebih banyak pusat latihan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sekaligus menyaksikan lebih ramai atlet baharu berpeluang mengikut program latihan yang lebih sistematik.

Hasil Program Pembangunan Sukan Pilihan

Biarpun program ini baharu diumumkan, tetapi perlaksanaannya telah  dijalankan sebelum itu, malah turut menampakkan hasil positif apabila emapt atlet Program Pelapis Kebangsaan telah dinaik taraf ke Program Senio MSN tahun ini. Manakala 26 atlet Peringkat Pelapis Negeri bertukar status ke Program Pelapis Serantau.

Goh Jin Wei


Antara keputusan positif yang melibatkan atlet di bawah program ini ialah Muhammad Fadhil Mohd Zonis (berbasikal) menjuarai acara keirin remaja Kejohanan Berbasikal Asia 2015 dan Eiman Firdaus Mohd Zamri yang menduduki ranking pertama remaja  dunia bagi acara scracth.

Pemain badminton Goh Jin Wei yang menjuarai kejohanan kebangsaan pula memungut pingat gangsa pada Sukan SEA Singapura baru-baru ini manakala atlet olahraga Russel Elexander Nasir Taib meraih gangsa dalam acara 400 meter Kejohanan Olahraga Remaja Asia 2015. 

Selain itu, atlet renang di bawah program ini tidak menghampakan apabila memenangi pingat emas pada Sukan Remaja Komanwel 2015 di Apia, Samoa.

Program ini dianggap sebagai empowerment untuk memperkukuhkan lagi struktur organisasi khususnya persatuan sukan kebangsaan dan negeri agar Model Baharu Sukan Negara lebih kukuh bagi melahirkan lebih ramai atlet berwibawa dalam tempoh tertentu.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan