Olimpik 2016: Bolt Idam Rekod Bawah 19s Acara 200 Meter

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 11:42 AM

(Ubah saiz teks)

JUARA Olimpik enam kali, Usain Bolt mula membuat persiapan menjelang temasya di Rio tahun depan, malah turut melaungkan amaran kepada pesaing-pesaingnya untuk memecah rekod 19 saat dalam acara 200 meter.

Bolt mencatat sejarah olahraga dunia apabila mencatat 19.19 saat acara 200 meter yang dilakar pada 20 Ogos 2009, empat hari selepas dia merakam rekod 9.58 saat dalam acara 100 meter ketika aksi Kejuaraan Dunia di Berlin.

"Saya memang mengimpikan untuk mencatat rekod bawah 19 saat. Ia adalah sasaran utama saya.

"Saya sedar ia adalah sesuatu yang sukar bagi mencari hari yang sesuai dan kadang-kala larian yang sempurna untuk rekod 200 meter ini. Tetapi secara peribadi saya yakin boleh melakukannya, malah jurulatih saya juga (Glen Mills) turut menaruh kepercayaan bahawa 2016 adalah masa yang sesuai," jelas Bolt.




Bolt kini menyasarkan untuk menjadi atlet pertama meraih tiga gelaran Olimpik dalam dua acara pecut dan 4x100 meter berganti.

Pelari kurus tinggi Jamaica itu mengalami kecederaan di bahagian pelvis tahun ini namun berjaya meraih tiga pingat emas pada aksi dunia di Beijing Ogos lalu termasuk mengetepikan saingan pelari Amerika Syarikat, Justin Gatlin yang sebelum itu memegang rekod tanpa kalah selama dua tahun dalam acara 100 dan 200 meter pada aksi itu.

Justin sebelum ini mendedahkan bahawa dia berasa sudah menghampiri rekod Bolt apabila hanya tewas 0.01 saat dalam acara 100m.

"Ia sesuatu yang bermakna apabila kamu keluar bersaing dengan pelari yang hebat dan mempamerkan aksi terbaik.

"Justin Gatlin memberitahu dia juga akan muncul di sana (Rio), namun saya tidak memikirkannya dan hanya mahu fokus.

"Bagi saya, hidup adalah untuk berjuang malah dalam masa yang sama saya berharap rakan sepasukan Yohan Blake akan kembali beraksi selepas dua musim dia berehat," ujar Bolt.





Tags / Kata Kunci: Usain Bolt

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan