Piala Sultan Johor: Skuad Remaja Negara Seri 2-2 Dengan Argentina

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2015 11:57 PM

Pemain Malaysia, Shamsul Muhammad (kiri) diasak pemain Argentina Colado Franco (dua, kiri) pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya pada Isnin malam. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Skuad remaja negara seri 2-2 dengan Argentina pada perlawanan kedua mereka di Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor yang berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya di sini pada Isnin malam.

Skuad kendalian Arul Selvaraj itu garang mengasak seawal permainan menyebabkan Argentina seolah-olah hilang rentak.

Malaysia memperoleh gol pertama apabila hantaran sudut penalti Muhd Amirol Aideed Md Arshad disempurnakan oleh penyerang senior Muhammad Shahril Saabah seawal minit ke-6.

Sebelum itu skuad negara memperolehi tiga pukulan sudut penalti berturut-turut hasil kesilapan pemain pertahanan Argentina tetapi gagal dimanfaatkan.

Argentina di bawah kendalian Mariano Ronconi menyamakan 1-1 apabila Tomas Domene menyempurnakan pukulan sudut penalti pertama skuad itu pada minit ke-27.

Malaysia kemudiannya bangkit dengan gol kedua apabila hantaran pukulan sudut penalti Muhd Amirol disempurnakan oleh Muhammad Shahril pada minit ke-32.

Malaysia mendahului Argentina 2-1 sehingga wisel separuh masa pertama dibunyikan.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling mencari peluang untuk menjaringkan gol tapi tidak berhasil sehingga minit ke-61 apabila Argentina menyamakan kedudukan 2-2 hasil pukulan sudut penalti Tomas Domene.

Terdahulu Australia memenangi perlawanan pertama mereka 6-2 ke atas Pakistan hasil sumbangan Andrew Scanlon pada minit ke-8 dan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-12.

Tiga gol padang pula dijaringkan oleh Hayden Beltz (minit ke-27), Max Hendry (minit ke-29) dan Kiran Arunasalam (minit ke-63) manakala gol keenam hasil jaringan sudut penalti oleh Max Hendry (minit ke-70).

Dua gol Pakistan disumbangkan oleh Mubashar Ali pada minit ke-31 dan ke-43.

Sementara itu, Great Britain memperoleh kemenangan kedua dengan menumbangkan juara bertahan dua kali India 4-3 dalam satu perlawanan sengit.

Britain di bawah kendalian Jon Bleby disumbangkan oleh James Simpson (minit ke-6), Luke Taylor (minit ke-31 dan 68) dan Jack Clee (minit ke-47) sementara tiga gol India dijaringkan oleh Sumit Kumar (minit ke-16 dan 25) dan Manpreet Jr (minit ke-29).

Kejohanan edisi kelima ini akan disambung Rabu ini.

Tags / Kata Kunci: Hoki , Piala Sultan Johor

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan