Abdul Hadi Ketepikan Penembak Elit Negara

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 8:20 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penembak pelapis negara, Abdul Hadi Abd Malek menampilkan bidikan cemerlang dengan mengetepikan penembak elit untuk meraih pingat emas acara 50m Pistol Lelaki pada Kejohanan Menembak Kebangsaan 2015 di Lapang Sasar Kebangsaan Subang, dekat sini pada Ahad.

Abdul Hadi yang mewakili Pahang melakukan bidikan 87.0 mata, manakala Jasmi Mohamad Zin dari Negeri Sembilan mencatat 185.6 mata untuk memenangi pingat perak, manakala Liew Tack Fai dari Perak dengan 165.8 mata meraih gangsa.

Penembak elit negara, Johnathan Wong Guanjie dari Perak dan Eddy Chew dari Johor, masing-masing di kedudukan keempat dan kelima selepas mengutip 144.6 dan125.6 mata.

"Ini bukan kali pertama saya menang, sudah banyak kali. Memang saya buat terbaik untuk layak ke Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. Banyak kali saya terlepas peluang beraksi di kejohanan besar termasuk Sukan SEA Singapura tahun ini," kata Abdul Hadi.

Pada masa sama, Abdul Hadi turut melahirkan rasa kecewa dengan pemilihan atlet bagi mewakili negara pada kejohanan besar seperti Sukan SEA atau Sukan Asia.

Abdul Hadi berkata berdasarkan prestasinya pada Kejohanan Sirkit Kebangsaan, beliau sering meraih pingat emas, namun pencapaiannya itu tidak menjamin tempat mewakili negara pada kejohanan peringkat tertinggi.

"Sebelum ini saya penembak elit untuk tempoh setahun. Namun, bermula tahun ini, saya diturunkan ke skuad pelapis. Saya tidak tahu di mana silapnya. Keadaan ini meleburkan hasrat saya untuk layak beraksi di Sukan Olimpik," katanya.

Abdul Hadi tekad mempamerkan aksi lebih baik pada Kejohanan Menembak Asia di Kuwait, akhir bulan ini, bagi memastikan beliau tersenarai pada Sukan SEA 2017.

Secara keseluruhannya, Abdul Hadi turut meraih pingat perak acara Berpasukan 50m Pistol Lelaki, manakala pada Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan 2015 yang diadakan serentak dengan kejohanan itu, beliau memenangi emas acara Individu 50m Pistol Lelaki dan Berpasukan 50m Pistol Lelaki serta satu gangsa dalam Berpasukan 50m Pistol.

Sementara itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Menembak Kebangsaan 2015 yang berakhir Ahad dengan mengumpul 10 pingat emas, enam perak dan empat gangsa.

Selangor di tempat kedua dengan pungutan empat pingat emas, empat perak dan dua gangsa, manakala Pahang pada kedudukan ketiga selepas meraih tiga emas, lima perak dan tiga gangsa.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan