Korda Rangkul Juara Sime Darby LPGA Malaysia 2015

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 6:12 PM

Khairy (kanan) menyampaikan trofi kejuaraan kepada Korda pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain Amerika Syarikat, Jessica Kordamuncul juara kejohanan golf Sime Darby LPGA Malaysia yang juga gelaran pertamanya dalam siri Jelajah LPGA tahun ini.

Korda, 22, menamatkan pusingan akhir kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah AS$2 juta (RM8.2 juta) itu dengan enam bawah par 65 bagi catatan keseluruhan 18 bawah par 266.

Catatan itu adalah empat pukulan lebih baik daripada bintang New Zealand,Lydia Ko (66), pemain Amerika Syarikat, Stacy Lewis (67) dan juara bertahan, Feng Shanshan dari China (66) yang berkongsi tempat kedua dengan masing-masing mengumpulkan 270.

Korda memulakan pusingan keempat hari ini dengan cemerlang apabila menghasilkan lima birdie sebelum mencicirkan satu pukulan selepas melakukan bogey di lubang 11 par empat.

Bagaimanapun, beliau bangkit kembali dengan dua birdie di lubang ke-16 dan 18.

Sebaik melakukan birdie di lubang terakhir, Korda terus mengalirkan air mata kegembiraan.

"Untuk menang kembali adalah sesuatu yang menakjubkan terutama selepas apa yang saya harungi tahun ini," katanya.

Kejuaraan Sime Darby LPGA Malaysia ini adalah gelaran pertamanya tahun ini dan yang keempat untuknya dalam siri Jelajah LPGA (Persatuan Golf Profesional Wanita).

Sejak menjadi pemain profesional pada 2010 dan menyertai pertandingan Jelajah LPGA pada 2011, Korda telah memenangi tiga acara LPGA iaitu Terbuka Australia (Feb 2012), Pure Silk-Bahamas LPGA Classic (Jan 2014) dan Airbus LPGA Classic (May 2014).

Korda menerima trofinya dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan kejayaan itu membolehkannya membawa pulang AS$300,000 (RM1.23 juta). -Bernama

Tags / Kata Kunci: LPGA , Jessica Korda Juara

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan