Hoki Piala Sultan Johor: Skuad Remaja Negara Tewas 2-4 Aksi Pembukaan

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 10:51 PM

Aksi pemain negara, Firdaus Omar cuba menghalang pemain Great Britain Sam French dalam perlawanan pertama Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor pada Ahad. Foto: ABDUL RAHMAN EMBONG/The Star.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Skuad remaja negara menampilkan aksi memberangsangkan walaupun tewas 2-4 kepada Great Britain pada perlawanan pertama mereka di Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, di sini Ahad malam.

Skuad kendalian Arul Selvaraj itu bermula dengan baik dan berjaya mengikat kedudukan 0-0 sehingga ke minit 30.

Barisan negara yang diketuai Najib Hassan, bermula garang dengan mengasakgawang lawan seawal permainan bermula dengan beberapa cubaan ke pintu gol oleh penyerang Muhammad Haziq Shamsul.

Begitupun Great Britain memecah kebuntuan jaringan menerusi ketua pasukannya, Luke Taylor hasil pukulan sudut penalti minit ke-31 sebelum Robert Gleeson menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-46.

Skuad negara bangkit dengan gol padang Azwar Rahman pada minit ke-49 sebelum  Shahril Saabah menyempurnakan pukulan sudut penalti minit ke-51 untuk mengikat kedudukan 2-2.

Taylor membuktikan kepakarannya dalam pukulan sudut penalti apabila menjadikan kedudukan 3-2 pada minit ke-62 sebelum melengkapkan hatriknya dengan cara sama tujuh minit selepas itu bagi mengesahkan kemenangan mereka 4-2.

Terdahulu, Argentina yang kembali membuat penampilan selepas kali terakhir mengambil bahagian pada 2013, memulakan kempen mereka dengan mengalahkan Australia 1-0 hasil jaringan padang Ladislao Gencarelli pada minit ke-65.

Sementara itu, juara bertahan, India menang selesa apabila mengalahkan Pakistan 5-1 pada perlawanan pembukaan.

Gol India dijaringkan Ajay Yadav (minit ke-5), Sumit Kumar (m24), Armaan Qureshi (m29), Parvinder Singh (m33) dan Santa Singh (m61) manakala gol tunggal Pakistan dijaringkan kapten mereka, Muhammad Dilber pada minit ke-44.

Tags / Kata Kunci: Piala Sultan Johor , Hoki

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan