Hari Sukan Negara Catat Malaysia Book Of Records

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 11:04 PM

Khairy Jamaluddin menerima sijil Malaysia Book of Records bagi rekod penganjuran aktiviti sukan terbanyak secara serentak (17,648 acara) sempena Hari Sukan Negara pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 17,648 acara program dan aktiviti melibatkan lebih lima juta rakyat Malaysia terlibat dalam Hari Sukan Negara pada Sabtu sekali gus mencatat Malaysia Book Of Records.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Hari Sukan Negara yang berlangsung buat kali pertama ini merupakan kejayaan besar hanya berlangsung dalam satu hari berdasarkan laporan yang diterima.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengambil bahagian dan penganjur terlibat, dan kita telah buktikan walaupun hanya satu hari tapi kita berjaya bawa rakyat Malaysia bersatu dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia negara bersukan.

"Sukan telah berjaya menjadi satu kuasa besar untuk menyatupadukan negara. Kita membawa rakyat Malaysia bersama tak kira latar belakang, kaum dan sebagainya.

"Saya benar-benar berharap mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pagi tadi iaitu jangan hanya hari sukan sahaja bersukan tetapi hari ini menjadi inspirasi bersukan sepanjang tahun.




"Saya juga harap kita telah mula langkah pertama untuk menjadi budaya hidup supaya lebih cergas dan sikap itu akan menjadi amalan. Saya rasa kita telah buktikan ia berjaya dilaksanakan. Diharapkan Hari Sukan Negara akan menjadi lebih hebat pada masa akan datang.

"Hari Sukan Negara ini telah melibatkan semua golongan termasuk pelajar sekolah, warga emas, banduan di penjara, kelasi kapal, orang kelainan upaya (OKU), pelajar di luar negara dan juga kedutaan Malaysia.

 "Hari Sukan Negara bukan sahaja disambut di Malaysia malah turut melibatkan rakyat Malaysia di luar negara," jelasnya kepada media selepas menyaksikan Kejuaraan Akhir Mix Martial Arts Malaysia Invasion (MIMMA) Musim Ketiga di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu malam.

Mengenai anugerah Book of Records yang diterima selepas berakhirnya Hari Sukan Negara, Khairy mengucapkan terima kasih kerana dapat anugerah bilangan jumlah aktiviti sukan yang begitu banyak dalam sejarah negara.

"Beri dorongan untuk perbanyakkan lagi program-program  di masa akan datang. Bukan senang nak selaraskan 17 ribu program satu negara. Tetapi kalau ada yang meraguinya boleh tengok saja Facebook, Instagram, WhatsApp dan Twitter pada hari ini dan boleh bilang satu-satu program yang diadakan dan kita ada semua senarai aktiviti yang diadakan itu. Ini adalah pencapaian yang tidak ada asas tetapi ada bukti," tambahnya.

Selain itu, Khairy turut mengucapkan tahniah kepada MIMMA kerana Malaysia Invation Martial Arts (MMA) ini merupakan antara kejohanan pembangunan terbaik dunia yang diiktiraf MMA antabangsa.

"Saya sangat kagum dengan prestasi dan perkembangan MMA Malaysia yang semakin dapat minat bukan sahaja sambutan daripada peminat tetapi semua penggiat MMA," kata Khairy.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan