STL Malaysia Inisiatif Pendedahan Positif

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 6:50 PM

Khairy bersama Ahmad (kiri) ketika melancarkan Liga Sepak Takraw Malaysia (STL), Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengenalan Liga SepakTakraw Malaysia (STL) ternyata berjaya membawa impak segera kepada landskap sepak takraw kebangsaan yang mempamerkan aksi hambar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Aksi sulung yang berakhir Januari lalu telah membuktikan liga ini amat penting sebagai platform pendedahan berterusan kepada pemain.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin mahu Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) meneruskan inisiatif ini memandangkan STL sebelum ini telah meletakkan satu tanda aras yang tinggi.

“Saya percaya perlu ada lebih banyak pertandingan-pertandingan berkualiti diilhamkan PSM jika pemain kita mahu diberi pendedahan dan STL Malaysia adalah satu daripadanya.

“Kita semua menjangkakan satu pertandingan yang ditambah baik dari semua aspek dan lebih berkualiti kali ini kerana kita mempunyai pemain berbakat dan berupaya melahirkan lebih ramai pemain dari peringkat asas.

“Saya yakin ini membantu usaha kita untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap untuk meraih emas Sukan SEA 2017 dengan kerja keras semua pihak, kita boleh melakukannya,” ujarnya pada majlis pengumuman STL Malaysia pada Jumaat.

Khairy (berdiri,empat, kanan) bersama para pemain menunjukkan poster Hari Sukan Negara yang bakal disambut esok pada majlis Perasmian Liga Sepak TakrawMalaysia hari ini. Turut hadir (berdiri, tiga dari kiri) Presiden Persatuan Sepak Takraw Datuk Ahmad Ismail, Pengurus Besar yang juga Ketua Perniagaan, Asia Sports Ventures Nishant Sehgal dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan ASTRO Lee Choong Khay.

STL Malaysia adalah kerjasama strategik antara PSM dan Asia Sports Ventures, satu daripada cabang Astro yang berpangkalan di Singapura yang bertujuan untuk mengangkat sepaktakraw di Malaysia ke satu tahap lebih tinggi dalam setiap sudut.

Sementara itu, Presiden PSM Datuk Ahmad Ismail berkata, beiau menjangkakan STL Malaysia ini akan berlangsung lebih kompetitif dan sengit serta mendapat sambutan lebih hebat.

“Jika kita lihat sebelum ini ianya hanya membabitkan lebih 600 pemain mengambil bahagian dengan lebih 100 regu bertanding. Kita tidak boleh mengharapkan pertandingan yang kompetitif dengan pemain seramai itu.

“Kali ini kita pilih 120 pemain yang terbaik, dan perlu saya tekankan bahawa hanya 40 pemain sahaja yang terpilih melalui proses pemilihan dikendalikan bekas jurulatih kebangsaan, Jamaluddin Hassan,” jelasnya.

Pada edisi pertama baru-baru ini, wakil Terengganu Hanelang ‘A’ menjuarai pusingan Grand Final dengan menewskan Polis Diraja Malaysia D pada aksi akhir sekaligus membawa balik wang tunai RM20,000.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan