Aaliyah Tunjuk Belang Pada Pusingan Awal Piala Putrajaya

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 11:15 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Atlet muda negara, Aaliyah Yoong Hanifah menepati jangkaan apabila menduduki tangga pertama pusingan awal acara tricks wanita terbuka pada acara tahunan Piala Putrajaya sempena Kejohanan Ski Air Kebangsaan di sini, Jumaat.

Aaliyah, selaku pemegang emas berganda Sukan SEA Singapura 2015, mengumpul 4,750 mata untuk meninggalkan pemenang pingat perak Sukan SEA Singapura, Nur Alimah Prambodo dari Indonesia di tangga kedua dengan 3,180 mata.

Rakan Nur Alimah, Heriyanti menduduki tempat ketiga dengan 2,340 mata.

"Persembahan dalam acara tricks sungguh baik....tetapi dalam acara slalom, saya kini menduduki tempat kedua. Saya berharap untuk memperbaiki keputusan esok dan menjuarai kedua-dua acara ini," kata atlet berusia 11 tahun itu.

Aaliyah, yang merupakan adik kepada bekas pelumba Formula Satu Alex Yoong, berkata beliau menyasarkan kedudukan podium pada acara tricks pada Kejohanan Asia di Bangkok dan Kejohanan Dunia di Mexico, kedua-duanya bulan depan.

Sementara itu, wakil negara Adam Yoong Hanifah, Aiden Yoong Hanifah dan Syahir Nasir masing-masing menduduki ranking tiga daripada bawah kelompok lapan peserta dalam acara tricks terbuka lelaki pusingan awal.

Adam menghuni ranking keenam dengan mengutip 2,020 mata diikuti Aiden (1,480 mata) dan Syahir dengan 860 mata.

Kejohanan tersebut, sempena sambutan Hari Sukan Negara, disertai 60 peserta dari beberapa negara.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Aaliyah , Piala Putrajaya

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan