18 Peninju Berentap Rebut Gelaran Juara Kejohanan MIMMA 3

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2015 12:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bahang kejuaraan makin terasa! Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) kembali bagi tahun ketiga penganjurannya dengan menyaksikan 13 peninju tempatan bakal beraksi merebut gelaran tertinggi kejohanan.

Bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu ini, sorakan dan laungan penonton bakal merancakkan perlawanan merebut gelaran juara bagi sembilan kategori berbeza.

Dibawah kelolaan Tune Talk, siri akhir MIMMA adalah hasil rangkuman siri jelajah kejohanan sukan itu yang telah diadakan di seluruh negara sejak awal tahun.

Buat julung kalinya, dua divisyen baru iaitu Women's Pride dan Foreign's Pride diperkenalkan sebagai tambahan kepada tujuh (7) kelas sedia ada. Ia pastinya membangkitkan laungan berbeza di kalangan penonton dalam pertarungan kali ini.

MIMMA diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo serta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sejak tiga tahun lalu bermula 2013.

Gabungan idea ini tercetus hasil kejayaan mereka dalam siri realiti televisyen, MyTeam yang berkonsepkan sukan bola sepak.

Sebagai peminat Mimma selain menyedari tiada platform disediakan bagi melahirkan atlet sukan ini, Jason berjaya merealisasikan MIMMA siri pertama di Malaysia pada tahun 2013 sebagai langkah mula.

Diikuti tahun kedua penganjuran dengan sambutan di luar jangkaan, corak pertarungan lebih sengit selain kualiti peninju semakin meningkat, MIMMA terus mengorak langkah mengukuhkan tapaknya sehingga ke hari ini.

Kejohanan Siri 3 ini bakal melakar sejarah tersendiri dengan mempertaruhkan beberapa juara bertahan siri lepas dan muka baru yang semestinya menyuntik kelainan dan menjanjikan kepuasan kepada penonton!

Senarai keseluruhan sembilan (9) pertarungan dalam kategori berbeza:

Women's Pride:  Felicia Yunus VS Joanna Yap Heavy Weight

Flyweight: Darren Low (Juara bertahan) VS Niker Tan

Middleweight (gelaran terbuka): Seah Zhang Yu (Juara bertahan) VS Dhiaaul Amal

Foreign Pride : Muhammad Syafiq Jamaludeen VS Muhd Meeraj Omar

Lightweight:A Karadech Seesombat VS Ahmadjon Karimov 

Bantamweight:  Muhammad Hasrul (Juara bertahan) VS Jace Law

Featherweight: Effendy B Kalai VS Tee Jac Yoe

Welterweight : Hafizul Hakim VS Muhammad Aiman

Gino Tan VS Melvin Kho Tiga daripada tujuh juara siri lepas bakal membuat kemunculan dalam pertarungan kali ini bagi mempertahankan gelaran tertinggi dalam kelas masing-masing.

Darren Low, Seah Zhang Yu dan Muhammad Hasrul antara yang bakal diberi perhatian memandangkan tahap pertarungan mereka berbeza setimpal dengan kelayakan sebagai peninju terbaik MIMMA siri 2 dalam divisyen tersendiri.

Lima lagi juara bertahan meneruskan perjalanan karier dalam sukan ini dengan menyertai kelas profesional MMA, selari dengan matlamat Mimma untuk menjadi platform pembangunan bagi mengasah bakat peninju berpotensi tinggi.

Dua divisyen baru yang diperkenalkan bakal mewarnai kejohanan dengan satu daripadanya dikhaskan kepada peninju MMA wanita (WMMA). Women's Pride dan Foreign's Pride mempunyai pengikut tersendiri dalam kelasnya dan buat pertama kali johan daripada kedua-dua divisyen ini bakal melakar sejarah menjulang taraf tertinggi di kejohanan pembukaan.

Peluang dibuka kepada peninju berpotensi dari luar melalui divisyen Foreign's Pride bagi memecahkan rekod yang belum pernah dipegang mana-mana juara.

Kejohanan Mimma Siri 3 ini akan diadakan sempena Minggu Sukan Kebangsaan iaitu 10 Oktober ini.

Penuhi aktiviti hujung minggu anda dengan menonton dua perlawanan berbeza iaitu Kejohanan Mimma Siri 3 dan ONE FC.

Bagi yang berminat untuk menonton kedua-dua acara iaitu ONE X Mimma boleh mendapatkan tiket pelbagai guna. Tiket kejohanan boleh didapati di AirAsia RedTix bermula pada harga RM40 sementara tiket pelbagai guna berharga RM77.20.



Tags / Kata Kunci: Mimma , Stadium Putra

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan