Ian, Loh Dinobat Olahragawan, Olahragawati Wilayah Persekutuan

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 11:02 PM

Ian James Barr.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Atlet renang, Ian James Barr dan atlet terjun, Loh Zhiayi, masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Wilayah Persekutuan 2013/2014 di sini, malam Selasa.

Kedua-dua atlet negara itu menerima trofi dan cek bernilai RM5,000 yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Ian, 20, cemerlang dengan kejayaan meraih dua pingat emas dalam acara 50m  kuak lentang dan 200m rampaian individu lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) Perlis 2014.

Beliau juga meraih dua emas dalam acara 400m rampaian individu lelaki dan 200m rampaian pada Kejohanan Terbuka Malaysia 2013 serta tiga pingat emas iaitu 200m kuak dada, 4x100m rampaian individu dan 200m rampaian individu pada  Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN 2013.

Loh pula cemerlang dengan pencapaian pingat emas 10m platform wanita di Sukan SEA Myanmar 2013.

Loh Zhiayi.

Beliau turut meraih emas acara yang sama ketika beraksi di Festival Olimpik Belia di Sydney pada 2013.

Pada 2014, Loh, 18, meraih pingat gangsa kejohanan Grand Prix Terjun FINA di Singapura dan tempat keempat kejohanan yang sama di Malaysia, kedua-duanya dalam acara 10m platform wanita.

Selain itu, beliau juga meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Remaja di Nanjing bagi 10m platform wanita dan pingat gangsa 3m papan anjal wanita.

Dalam pada itu, seorang lagi atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri dinobatkan Olahragawati Harapan selepas meraih tiket ke Sukan Olimpik 2016 secara merit dalam acara 10m platform individu wanita.

Berikut senarai pemenang Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2013/2014:

Olahragawan: Ian James Bar (Renang)

Olahragawati: Loh Zhiayi (Terjun)

Olahragawan Harapan: Muhammad Danial Mohd Azri (Taekwondo)

Olahragawati Harapan: Nur Dhabitah Sabri (Terjun)

Olahragawan Paralimpik: Cheah Liek Hou (Badminton)

Olahragawati Paralimpik: Siti Eleeni Ibrahim (Boling Padang)

Pasukan Lelaki Terbaik: Pasukan Sepak Takraw

Pasukan Wanita Terbaik: Pasukan Gimrama A

Jurulatih Terbaik: Phua Chen Hong (Taekwondo)

Pegawai Sukan Terbaik: Mae Chen (Persatuan Renang Amatur Kuala Lumpur)

Anugerah Khas: Allahyarham Azmi Shaari (Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan