JDT vs Perak: Polis Berjaga-Jaga Kemungkinan Kekecohan

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2015 9:09 AM

'JDT Batu Bus' yang dilengkapi dengan ciri keselamatan

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Perak akan 'bertembung' dalam perlawanan Piala Malaysia peringkat Kumpulan B di Stadium Perak, Ipoh pada Ahad dan tanda-tanda kekecohan sudah ada.

Antaranya, pasukan JDT akan tiba dengan bas edisi khasnya, kenyataan-kenyatan provokatif di laman Facebook penyokong dan amaran daripada Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong kepada penyokong kedua-dua pasukan.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) telah menukarkan bas untuk pemain dan pegawai rasminya kepada bas yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook Southern Tigers, PBNJ menggelarkan bas itu sebagai 'JDT Batu Bus'.

Bas ini baru diperolehi dan mempunyai kamera pengawasan, dengan fungsi lampu dan zoom yang dipasang di sekeliling kenderaan.

Mempunyai 40 tempat duduk, ia juga mempunyai gril logam di bahagian cermin dan tingkap untuk menangkis objek yang dilemparkan pada bas, serta 'bar kanggaru' untuk perlindungan rempuhan.

Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd Fahmy Yahya mengesahkan bahawa bas ini sudah ada dan ia akan digunakan oleh JDT terutamanya untuk perjalanan ke tempat berisiko tinggi.

"Kami mempunyai pengalaman yang tidak menyenangkan semasa beberapa perlawanan... keselamatan dan perlindungan pemain dan pegawai-pegawai kami adalah keutamaan utama," katanya.

Posting di salah satu laman Facebook penyokong JDT menggambarkan penyokong luar sebagai tidak bertamadun dan tidak berpendidikan.

Ini pasti menggusarkan penyokong Perak yang telah mempunyai beberapa pertempuran dengan rakan-rakan JDT mereka selama ini.

Tetapi Fahmy berharap segalanya berjalan lancar dan Persatuan Bola Sepak Perak akan menggandakan keselamatan di stadium.

Kedua-dua kumpulan penyokong yang 'tidak sependapat' telah mencetuskan kekecohan pada tahun lepas.

Pada April tahun lepas, bas pasukan JDT telah dirosakkan semasa tiba di sebuah hotel di Ipoh untuk perlawanan Liga Super.

Bas itu disembur dengan kata-kata 'Ini Ipoh' ketika ia diletakkan di ruang parkir berhampiran hotel.

Selepas perlawanan, peminat bergaduh dan tingkap bas pasukan JDT pecah selepas dilontar dengan batu.

Jawatankuasa Disiplin FAM mendenda Perak FA RM140,000 dan mengarahkan pasukannya untuk bermain empat perlawanan di Liga Super tanpa penonton.

Pada awal tahun ini, pemain JDT terpaksa menaiki bas Unit Simpanan Persekutuan apabila bas yang dinaiki mereka dipecahkan penonton di Stadium Perak pada perlawanan Liga Super.

Polis Ipoh sentiasa berjaga-jaga berikutan maklumat yang kekecohan yang sama akan berlaku.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata pihaknya ada menerima maklumat yang mengatakan akan berlaku kekecohan semasa perlawanan tersebut dan akan mengambil tindakan ke atas mana-mana individu yang terlibat.

Beliau turut mengingatkan penyokong agar tidak membawa gendang, barang larangan seperti mercun, senjata tajam dan topi keledar yang boleh mencetuskan kekecohan dalam stadium.

"Kami akan melakukan pemeriksaan rapi di pintu masuk dan tempat meletak kenderaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini Jumaat.

Tags / Kata Kunci: JDT Batu Bus , Piala Malaysia , JDT

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan