LTdL 2016: Syarikat Tawar Kos Penganjuran Lebih Rendah Akan Dipilih

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 9:15 PM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan masih meneliti cadangan daripada beberapa syarikat swasta berhubung penganjuran acara lumba berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata geran penganjuran akan diberikan kepada syarikat yang menawarkan kos rendah, tetapi mereka perlulah berpengalaman dalam mengendalikan perlumbaan jelajah itu.

"Kepada syarikat swasta berminat, mereka boleh menghantar cadangan...yang penting kita perlu membuat keputusan cepat kerana sudah kesuntukan masa," katanya kepada pemberita selepas program acara larian bersama atlet kebangsaan dan lebih 600 staf Astro di Pusat Penyiaran Asia Astro di Bukit Jalil Selasa.

Khairy sebelum ini, dilaporkan berkata bahawa KBS sedia mempertimbangkan untuk meningkatkan geran penganjuran LTdL atau mencari penganjur baharu.

Kos penganjuran jelajah bernilai RM20 juta itu dikurangkan kepada RM10 juta tahun lepas, selepas penganjur swasta Human Voyage Sdn Bhd yang dinaungi Datuk Abdul Malik Mydin, dilantik bagi menganjurkan perlumbaan itu.

Katanya Human Voyage Sdn Bhd turut menghantar cadangan namun mereka meletakkan peruntukan yang tinggi.

"Kalau semua syarikat menawarkan kos lebih kurang sama (kos tinggi), tawaran itu akan diberikan kepada syarikat yang berpengalaman," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata semua pihak perlu memberi masa kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) serta Pengarah Teknikal BAM Morten Frost Hansen dalam menyediakan pemain yang kompetitif sebagai persediaan meraih tiket ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil tahun depan.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan