Pemandu Van Pengiring Skuad Lebuh Raya Ditamatkan Perkhidmatan

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 8:14 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pemandu van pengiring yang menyebabkan kemalangan parah kepada pelumba pelapis berbasikal lebuh raya wanita negara, Nur Rozi Yanti Mat Rodzi, bakal ditamatkan perkhidmatan.


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata laporan jawatankuasa siasatan kemalangan mendapati pemandu van merangkap mekanik itu cuai sehingga menyebabkan kemalangan pada 5 September lepas.

"Beliau akan ditamatkan perkhidmatan dengan tempoh notis sebulan. Majlis Sukan Negara (MSN) akan keluarkan surat dalam masa terdekat.

"Saya juga meminta tindakan disiplin diambil terhadap jurulatih kerana beliau juga harus mengambil sedikit tanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Sukan Orang Pekak di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di sini pada Isnin.

Sementara itu, beliau turut mengarahkan MSN supaya memperbaiki prosedur operasi standard (SOP) latihan untuk pasukan lebuh raya negara dan melaksanakannya dalam tempoh terdekat demi keselamatan pelumba, mengikut saranan jawatankuasa itu.

"Kita mendapati SOP lama mungkin tidak cukup baik dari segi keselamatan. Ada beberapa perkara melibatkan faktor keselamatan, isyarat dan tanda yang tidak dibuat dengan piawaian antarabangsa. Ini bukan menyebabkan kemalangan kali ini tetapi boleh menyebabkan kemalangan pada masa akan datang. 

"Jadi saya minta SOP baharu ini menepati amalan SOP antarabangsa seperti di Australia dan negara lain yang mempunyai program berbasikal lebuh raya yang sudah maju untuk kita belajar. Kita terpaksa mengeluarkan sedikit peruntukan untuk membaiki peraturan dan juga segala peralatan yang ada untuk latihan pelumba lebuh raya negara," katanya.

Terdahulu, pengerusi jawatankuasa siasatan itu, Datuk Ab Jalil Abdullah memberitahu Bernama bahawa sebanyak lapan individu iaitu dua jurulatih, lima pelumba termasuk Nur Rozi dan seorang pemandu van telah disiasat.

Pelumba berusia 17 tahun itu terlibat dalam kemalangan di KM19, Lebuhraya SILK Kajang ketika menjalani latihan bersama pelumba lain pada 9.45 pagi, 5 Sept lalu.

Laporan awal polis, sebelum ini menyatakan Nur Rozi Yanti terjatuh daripada basikal ketika membetulkan kedudukan kakinya yang kebas sebelum dilanggar van pengiring yang mengekori beliau.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Pelumba Wanita , Kemalangan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan