Zainal Abas Mahu Kembalikan Kepercayaan Sukan Olahraga

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2015 9:53 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua jurulatih olahraga kebangsaan yang baharu, Zainal Abas berazam untuk membina kembali kepercayaan semua atlet olahraga dan masyarakat terhadap acara sukan itu.

Zainal,48, diberi tanggungjawab untuk memulihkan suasana 'suram' sukan olahraga negara oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) selepas mesyuarat ahli majlis lewat Sabtu petang.

Biarpun namanya lebih dikenali di kaca televisyen sebagai pengacara sukan terutamanya bola sepak, Zainal merupakan 'orang penting' dalam melahirkan atlet-atlet olahraga, khasnya dalam acara lombat kijang di peringkat akar umbi.

Malah jurulatih kelahiran Kluang, Johor ini merupakan jurulatih program pelapis di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) sebelum ini.

"Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada KOM dan Majlis Sukan Negara (MSN) yang memberi kepercayaan kepada saya bagi jawatan utama sukan olahraga yang menjadi tumpuan ini.

"Sudah tentu saya akan cuba untuk mengembalikan kepercayaan kepada semua atlet dan masyarakat terhadap olahraga negara. Sebelum memulakan tugas di padang, saya akan bertemu pihak atasan KOM dan MSN untuk berbincang dengan lebih jelas lagi mengenai program-program yang bakal dijalankan," jelasnya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu malam.

Zainal yang mula memegang skuad pelapis kebangsaan sejak 1996 sebelum dilantik mengendalikan skuad elit ini mengakui antara perancangan yang akan diberi tumpuan utama adalah persiapan menghadapi Sukan Sea 2017.

"Setakat ini lebih kurang 54 orang atlet sudah dikenalpasti untuk menjalani latihan di peringkat awal  dan ia masih terbuka untuk atlet-atlet olahraga yang lain.

"Pun begitu kemungkinan bermula minggu hadapan saya akan bertemu dengan semua jurulatih kebangsaan bagi mengetahui lebih jelas lagi situasi semasa sebelum melaksanakan apa sahaja program yang bakal dijalankan.

"Ini bagi memastikan perancangan rapi kita untuk beraksi pada temasya Sukan SEA di tempat sendiri 2017 nanti berjalan dengan lancar, malah saya juga akan lebihkan kepada latihan psikologi," jelas Zainal mengenai perancangan awalnya.

Selain bertugas sebagai jurulatih dan pengacara, Zainal juga merupakan pensyarah International Association of Athletics Federations (IAAF).

Sebagai rekod, dua daripada empat atlet pelapis di bawah bimbingan Zainal yang kini memegang rekod kebangsaan dalam acara lompat kijang termasuk Noor Amirah Mohd Nafiah dan Muhammad Hakimi Ismail. 

Tags / Kata Kunci: Zainal Abas , Ketua jurulatih

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan