MHC Jalin MoU Bersama Hockey Australia

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2015 6:12 PM

Subahan (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Hockey Australia, Cam Vale dan Pengarah Teknikal MHC, Terry Walsh (kiri).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Demi masa depan sukan hoki negara dalam memartabatkan ke peringkat yang lebih tinggi, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengambil inisiatif bekerjasama dengan pasukan Australia yang kini berada di ranking nombor satu Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal mengakui Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Hockey Australia merupakan satu program penting bagi masa depan sukan hoki negara.

"Ini adalah peluang yang baik bagi Malaysia untuk terus bergerak ke depan. Kami banyak belajar dari Australia berdasarkan pengalaman mereka dan ia adalah satu fakta yang mesti diterima. Australia merupakan kuasa hoki dunia.

"Kita telah mencapai persetujuan bersama dan seharusnya menggunakan peluang ini untuk terus berkembang," jelasnya pada majlis menandatangai MoU bersama pasukan yang dikenali 'Kookaburras' pada Rabu.

MHC melancarkan pelan tindakan lima tahun dengan sasaran utama agar skuad lelaki kebangsaan melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Malah antara lain MHC turut berharap skuad Malaysia mampu berada dalam kedudukan lapan terbaik pada Piala Dunia Remaja Lelaki 2016 di India, melayakkan diri ke Hoki Piala Dunia 2018 di Odisha, India bagi skuad lelaki serta di London bagi pasukan wanita.

Tags / Kata Kunci: MHC , Hockey Australia , Kookaburras. MoU

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan