KBS Luluskan Peruntukan RM7 Juta Untuk Velodrom Rakyat

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 5:24 PM

Sebahagian daripada Velodrom Rakyat di Ipoh yang perlu diperbaiki.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meluluskan peruntukan RM7 juta untuk membaik pulih Velodrom Rakyat di Ipoh, Perak.

Naib Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PBKM), Datuk Amarjit Singh Gill dalam satu kenyataan melahirkan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana meluluskan peruntukan itu serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. 

"Persatuan Berbasikal Perak (PCA) akan bekerjasama dengan pihak terbabit seperti Jabatan Kerja Raya dengan memberikan bantuan yang diperlukan termasuk aspek teknikal sewaktu pemasangan trek baharu itu," katanya.

Menurutnya, PCA telah berusaha mendapatkan bantuan Khairy dan kerajaan negeri untuk membaik pulih trek kayu Velodrom Rakyat yang rosak teruk akibat terdedah kepada perubahan cuaca.

Amarjit berkata satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk memastikan Velodrom Rakyat digunakan sebaik-baiknya termasuk mengadakan kejohanan trek bulanan yang akan dianjurkan PCA.

Velodrom Rakyat adalah velodrom pertama negara ini yang dibina hasil sumbangan orang ramai menerusi kempen derma yang diusahakan Tan Sri Darshan Singh pada 1986 ketika beliau menjadi Presiden PCA.

Tags / Kata Kunci: Velodrom Rakyat Ipoh , KBS

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan