Piala TNB: Maybank Sekat Kemaraan THT

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 11:03 PM

Pemain Maybank Muhammad Irfan (kanan) berdepan dan cuba mengais bola daripada pemain Terengganu Tengku Ahmad Tajuddin pada aksi perlawanan separuh akhir Liga Hoki Malaysia di Bukit Jalil, Selasa.Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Maybank meneruskan rentak permainan terbaik selepas berjaya menyekat juara Liga Hoki Malaysia 2015,Terengganu Hockey Team (THT) 5-3 di separuh akhir pertama Piala TNB di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Selasa.

Jurulatih Maybank, S. Vellapan jelas gembira dengan persembahan anak buahnya  yang secara keseluruhan memberikan aksi yang cukup baik.

"Pemain bermain bersungguh-sungguh...mereka menyempurnakan 100 peratus pukulan sudut penalti. Pada dua suku terakhir, barisan pertahanan juga bermain dengan kemas.

"Penjaga gol kami (Imran Butt) dan Nama (B.Namasivayam) berjaya mematahkan banyak percubaan lawan," katanya.

Beliau berharap pemainnya dapat mengekalkan momentum yang sama untuk menghadapi separuh akhir kedua pada Khamis nanti.

Maybank membuka jaringan pada minit ke-15 selepas pemain import dari Pakistan, Muhammad Irfan menyempurnakan pukulan sudut penalti dan dua minit berselang THT menyamakan kedudukan melalui Faizal Saari yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pertama yang diperolehi mereka.

Ketua pasukan Maybank, Hafifihafiz Hanafi kemudian meletakkan pasukannya di hadapan selepas dengan kemas merembat masuk pukulan penalti stroke pada minit ke-23 yang diberikan selepas pemain lawan dihukum atas kesalahan teknikal dalamkawasan gol THT.

Mereka terus menjarakkan kedudukan selepas Muhammad Irfan sekali lagi menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-27.

Selepas Maybank membolosi gawang sebanyak tiga kali, jurulatih THT, Sarjit Singh mengeluarkan Muhammad Hafizuddin Othman dengan Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri selaku penjaga gol.

Selepas ketinggalan 1-3, THT mengubah rentak permainan dan akhirnya berjaya merapatkan jurang dengan menambah dua gol menerusi Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil (min 45) dan Faizal pada minit ke-50, manakala Maybank turut menambah dua lagi jaringan dari Mohamad Syafiq Mohamed Zain pada minit ke-41 dan 59.  

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan naib juara Liga Hoki Malaysia tahun ini, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) membawa bekalan selesa untuk menghadapi separuh akhir kedua selepas mengatasi Sapura 6-0.

Pakar pukulan sudut penalti dari Pakistan, Muhammad Umar Bhutta muncul wira selepas menyempurnakan tiga pukulan sudut penalti pada minit pertama, 12 serta29 dan sebelum wisel rehat dibunyikan, ketua pasukan Muhammad Razie Abd Rahim menambah jaringan juga dari pukulan sudut penalti.

Permainan suku ketiga lebih seimbang apabila kedua-dua pasukan saling melakukan serangan, namun tiada gol dihasilkan. 

KLHC kembali mengawal permainan pada suku keempat dan menambah dua lagi gol menerusi Ahmad Ajaz (m54) dan Dedy Ariyadi (m58) untuk membawa bekalan selesa ke separuh akhir kedua. -Bernama


Tags / Kata Kunci: Piala TNB

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan