'The Rembau Challenge' Sasar 800 Peserta

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 10:39 PM

Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyampaikan ucapan ketika melancarkan Rembau Challenge 2015 di Menara KBS pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sukan lasak 'The Rembau Challenge 2015' menyasarkan penyertaan 410 pasukan iaitu dua orang setiap pasukan melibatkan lebih 800 atlet.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata sejak pendaftaran dibukapada 11 September lepas, pendaftaran amat menggalakkan khususnya peserta dari luar negara.

"Cabaran kali ini ada sedikit kelainan yang untuk kategori amatur jarak berkurangan dari 72km kepada 63km manakala kategori profesional pula ditambah 2.2km kepada 100km.

"Bagi kategori profesional juga, para peserta perlu memanjat hingga sampai ke puncak Gunung Datuk," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran The Rembau Challenge 2015 di sini pada Isnin.

Khairy berkata selain trend menunjukkan masyarakat semakin meminati sukan lasak dan bersifat kecergasan, penganjuran acara itu juga dapat membantu kementerian mempromosi program dan gaya hidup sihat.

Pada edisi pertama tahun lepas menyaksikan penyertaan 238 pasukan diwakili 408 atlet daripada 13 negara termasuk Malaysia.

The Rembau Challenge yang akan diadakan pada 29 November  depan adalah pertandingan mirip triathlon meliputi cabaran larian, berbasikal, 'tubing', biathlon berpasukan dan ujian misteri yang turut menawarkan jumlah hadiah RM150,000 untuk dimenangi.

Pelbagai lokasi dan laluan mencabar menanti para peserta seperti Gunung Datuk, Sungai Timun, Dataran Rembau dan kawasan perkampungan.

Sementara itu, Pengarah Projek The Rembau Challenge 2015 Mohd Adzrienn Fariss Idris berkata setakat ini 70 pasukan telah mendaftar untuk menyertai acara sukan lasak itu.

Daripada jumlah itu, 30 hingga 40 peratus adalah penyertaan dari luar negara seperti Jepun, Hong Kong, Sweden, Thailand dan Taiwan.

"Tarikh tutup penyertaan pada 1 November," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan