Malaysia Sasar Beraksi Pada Kejohanan Ragbi Remaja Dunia 2017

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 10:44 PM

Mohd Mazuri Sallehuddin (tengah) dan Presiden Kelab Ragbi Cobra Tommy Pereira (kanan) menyerah Jalur Gemilang kepada pengurus pasukan Bawah 19 Tahun, Tan Thiam Jin (kiri) selepas mengumumkan akan menyertai Kejohanan Ragbi Asia Division 1 2015 bawah 19 tahun pada sidang media di Kelab Ragbi Cobra pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia bertekad menempah baki satu slot bagi pasukan Asia beraksi pada Kejohanan Ragbi Remaja Dunia 2017, dengan menjuarai Kejohanan Ragbi Asia Bawah 19 Tahun (Divisyen 1) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dari 1 hingga 6 Disember ini.

Berikutan penarikan diri Filipina dan Korea Selatan, pasukan Thailand satu-satunya halangan kepada Malaysia untuk muncul juara Divisyen 1 kejohanan itu, serta dinaikkan taraf beraksi ke Tier 1 pada 2016, yang merupakan DivisyenTeratas.  

Bagaimanapun, laluan pemain Malaysia ke Kejohanan Remaja Dunia masih perlu melepasi satu lagi tugas sukar apabila hanya juara Divisyen Teratas dalam kalangan lima pasukan terbaik Asia, akan meraih baki satu slot berkenaan.

Pengurus Besar Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) Mohd Mazuri Sallehudin melahirkan keyakinan pemain remaja Malaysia mampu mengatasi cabaran pasukan Thailand, hasil daripada program pembangunan akar umbi yang baik serta kelebihan beraksi di tempat sendiri.

"Kita dan Thailand memiliki keupayaan yang sama dari segi kekuatan dan kelemahan, tetapi kami berharap untuk mengatasi mereka. Selepas itu, kita perlu berdepan Hong Kong, Sri Lanka, Singapura dan Taiwan bagi mengesahkan tempat keKejohanan Remaja Dunia.

"Korea Selatan dan Thailand menarik diri daripada kejohanan itu berikutan krisis dalaman dalam persatuan mereka, manakala Filipina kerana masalah kewangan. Maka kita perlu bersaing dengan tentukan pasukan mana yang layak ke Divisyen Teratas," katanya kepada pemberita di Kelab Ragbi Cobra di sini pada Isnin.

Mohd Mazuri juga mengumumkan Tan Thiam Jin sebagai pengurus pasukan, Nik Safuan Ismade Nik Man selaku ketua jurulatih dengan dibantu Mohammad Faiz Samsukhidir manakala Kelab Ragbi Cobra menjadi Pasukan Pengurusan Projek Bawah 18 dan 19 Tahun Kebangsaan.

Mengulas mengenai proses pemilihan pasukan, Presiden Kelab Ragbi Cobra, Kol Tommy Pereira berkata sebanyak 25 pemain akan dipilih bagi mewakili negara selepas dua fasa pemilihan dijalankan oleh kelab itu bersama-sama MRU dan Yayasan Rakyat 1Malaysia.

"Daripada 81 pemain dikenal pasti menerusi pelbagai kejohanan di seluruh negara, 42 akan menghadiri fasa pertama di Kelab Ragbi Cobra dari 18 hingga 22 September, sebelum 25 pemain dipilih.

"Pada 12 November ini, semua 25 pemain ini akan menentang pasukan dengan 25 pemain dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Johor, dalam perlawanan persahabatan bagi menentukan 25 pemain terbaik disenaraikan dalam skuad,"katanya.

Tags / Kata Kunci: Ragbi Remaja Dunia

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan