Keadaan Nur Rozi Bertambah Baik - Naim

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2015 7:12 PM

Keadaan Nur Rozi yang terbabit kemalangan minggu lalu semakin pulih pada pagi Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba pelapis berbasikal lebuh raya negara, Nur Rozi Yanti Mat Rodzi yang terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan, kini bertambah baik.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad dalam kenyataannya melalui aplikasi Whatsapp kepada media berkata, Nur Rozi kini sudah boleh bangun dan duduk.

"Alhamdulillah...salur oksigen hidung sudah dicabut, hari ini Nur Rozi cuma gunakan oksigen mulut sahaja. Paru-parunya makin berkembang dengan elok. Pagi tadi dia sudah bangun dan duduk di kerusi.

"Nur Rozi juga sudah boleh makan dan minum seperti biasa," katanya mengenai keadaan Nur Rozi, selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Km19, Lebuhraya Silk Kajang pada Sabtu lepas.

Nur Rozi berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan pada Ahad lepas dan keadaannya dilaporkan stabil selepas itu.

Pelumba berusia 17 tahun itu terlibat dalam kemalangan pada pukul 9.45 pagi  ketika menjalani latihan bersama pelumba lain.

Laporan awal polis sebelum ini menyebut Nur Rozi Yanti terjatuh daripada basikalnya ketika membetulkan kedudukan kakinya yang kebas sebelum dilanggar van pengiring yang mengekorinya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Nur Rozi Yanti , PKBM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan