Kecederaan Menghantui Skuad Negara Hadapi China Esok

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2015 5:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kecederaan pemain menghantui skuad negara apabila berdepan dengan juara bertahan, China, pada perlawanan kedua Kumpulan A di Kejohanan Hoki Piala Remaja Wanita Asia 2015 di Wujin, Changzhou, China, Isnin.

Jurulatih Lailin Abu Hassan berkata, beberapa tonggak utamanya mengalami kecederaan ketika mengalahkan Singapura 2-0 pada perlawanaan pembukaan semalam.

Antara mereka ialah ketua pasukan, Surizan Awang Noh, yang mengalami kecederaan lutut kiri dan Nurain Hidayah pula otot hamstring, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Ahad.

Beliau menggesa anak didiknya khusus barisan tengah untuk memikirkan idea kreatif untuk menembusi benteng pertahanan China yang sentiasa 'berkampung' di kawasan kotak penalti ketika pasukan lawan melancarkan serangan.

"Kami akan menilai semula persembahan kami serta mengkaji rentak pasukan lawan sebelum berusaha menampilkan prestasi yang lebih baik terhadap salah satu pasukan kuasa besar itu di rantau ini," kata Lailin.

China akan membuka kempen mempertahankan kejuaraan pada edisi ketujuh ini dengan menentang Korea Utara, Ahad.

Selepas pertemuan dengan China esok, Malaysia akan berdepan dengan Korea Utara pada Selasa ini sebelum mengakhiri jadual perlawanan pusingan awal dengan menentang India pada Khamis ini.

Perlawanan dalam Kumpulan B, melibatkan empat pasukan iaitu Korea Selatan, Jepun, Thailand dan Taiwan.

Tiga pasukan teratas dalam kejohanan ini akan layak ke Piala Dunia Remaja 2016 di Chile dari 26 November hingga 4 Disember tahun depan.-- Bernama




Tags / Kata Kunci: hoki , Piala Remaja Wanita Asia , Wujin

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan