JK Ditubuh Siasat Kemalangan Pelumba Pelapis - MSN

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 9:16 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Sebuah jawatankuasa siasatan dalaman akan ditubuhkan susulan nahas jalan raya melibatkan pelumba pelapis berbasikal lebuhraya wanita negara, Nur Rozi Yanti Mat Rodzi yang kini kritikal di Hospital Kajang. 

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata jawatankuasa yang akan turut dianggotai wakil daripada Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), akan melakukan siasatan menyeluruh bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian. 

"Pihak polis sudah menerima laporan berhubung kemalangan ini dan mereka jugaakan melakukan siasatan bagi mengenal pasti puncanya," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat atlet berkenaan di Hospital Kajang pada Sabtu.  

Pelumba kelahiran Perlis berusia 17 tahun itu terlibat dalam kemalangan dengan van pengiring pasukan di Km 19, Lebuhraya SILK pada kira-kira 9.45 pagi Sabtu.  

Nur Rozi ketika itu dilaporkan menjalani latihan rutin bersama beberapa pelumba lain.  

Ahmad Shapawi berkata ibu bapa Nur Rozi sudah dimaklumkan mengenai kemalangan itu dan MSN akan menanggung segala kos rawatan atlet berkenaan. 

Laporan awal polis sebelum ini menyatakan Nur Rozi terjatuh daripada basikalnya ketika membetulkan kedudukan kakinya yang kebas sebelum dilanggar van pengiring itu. 

Ahmad Shapawi tidak menolak kemungkinan latihan rutin skuad pelapis lebuhraya negara akan diadakan di sekitar MSN buat sementara waktu sehingga siasatan mengenai nahas itu selesai. 

Jurulatih skuad pelapis negara, Su'od Hussain berkata kejadian itu merupakan yang pertama sepanjang mengendalikan skuad berkenaan sejak 20 tahun lepas. 

"Kemalangan berlaku dalam sekelip mata. Keadaan jalan raya dan cuaca agak baik ketika itu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan