Menembak: Johnathan Pecah Rekod Kebangsaan

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 7:35 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Atlet menembak negara, Johnathan Wong memecah rekod kebangsaan acara 10m Air Pistol individu lelaki pada Kejohanan Menembak Trofi Tun Hanif di Lapang Sasar Subang di sini pada Sabtu.

Johnathan, 23, yang mewakili Perak, memadam rekodnya sendiri pada aksi pusingan kelayakan kejohanan itu dengan bidikan 585 mata berbanding 583 mata yang dilakukannya tahun lepas.

Namun beliau gagal mengulangi aksi sama di pusingan akhir selepas menamatkan saingan di kedudukan keempat dengan bidikan 155 mata.

"Saya tidak sangka dapat memecah rekod sendiri di peringkat kelayakan tadi. Walaupun kalah di final, saya tetap berpuas hati dengan prestasi di kejohanan ini. 

"Pada final tadi saya hilang fokus, saya tidak dapat melakukan aksi terbaik pada tiga tembakan terakhir menyebabkan catatan semakin rendah," kata pemenang pingat perak acara sama di Sukan SEA Singapura, Jun lepas. -

Pingat emas acara itu menjadi milik seorang lagi atlet kebangsaan, Eddy Chew yang mewakili Johor dengan bidikan 198.8 mata. Eddy mengalahkan rakan sepasukannya, Ifwat Abqar Mohamad Isa yang terpaksa berpuas hati dengan bidikan 195.4 mata bagi pingat perak manakala gangsa milik atlet Selangor, Rishipal Singh dengan 173.7 mata.

Keputusan itu jelas menggembirakan Eddy yang berpuas hati dengan pencapaiannya setelah dua bulan tidak berlatih. 

"Secara keseluruhan memang saya puas hati sebab Johnathan sentiasamemberikan saingan sengit. Saya juga tidak dapat melakukan latihan selama dua bulan kerana Lapang Sasar di MSN (Majlis Sukan Negara) ditutup sementara waktu,"katanya ketika ditemui pemberita.

Bagi kategori berpasukan, gandingan Eddy, Ifwat dan Choo Wen Yan meraih pingat emas untuk Johor dengan bidikan 1,703 mata manakala perak dimenangi trio Perak, Johnathan, Siau Zianyi dan Muhd Amir Faris Basri dengan 1,691 mata.

Gangsa milik Selangor menerusi Rishipal, Tan Tong Tat dan Noor Aizam Nuqman Azlan dengan 1,682 mata.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan