Airil Razman Juara Jelajah PGM

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 9:30 PM

Airil Rizman Zahari

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain profesional tempatan, Airil Rizman Zahari merangkul gelaran keduanya pada Jelajah 'Professional Golf of Malaysia (PGM)' menerusi kemenangan play-off ke atas Nicholas Fung pada Kejohanan Tertutup PGM I&P Group yang menawarkan hadiah RM180,000, Sabtu.

Beliau melakukan pukulan par pada lubang tambahan pertama untuk muncul juara, sekali gus meraih hadiah berjumlah RM30,600 pada kejohanan itu yang berlangsung di Kelab Golf Kinrara, Puchong dekat sini.

Menurut Jelajah PGM dalam kenyataan, juara bertahan jelajah berkenaan,memulakan cabaran hari ini dengan kelebihan satu pukulan ke atas Kenneth De Silva dan dua pukulan mengatasi Fung. 

Selepas menamatkan pusingan akhir, Airil Rizman dan Fung terikat dengan pukulan 13 bawah par 271. "Saingan adalah sukar dan saya benar-benar gembira apabila sekali lagi memenanginya hari ini," kata pemain berusia 37 tahun itu, yang memenangi Kejohanan Tertutup Swiss-Garden pada Julai lepas.

"Saya merasakan saya bermain dengan baik minggu ini, walaupun keadaan padang adalah sukar. Saya membuat pukulan dengan baik dan ia semakin menarik apabila Nicholas berada di hadapan pada lubang ketujuh.

Saya mengekalkan tahap fokus dankeyakinan yang baik. Saya merasakan itu yang membezakan (kami berdua)," katanya.

Keputusan Akhir

271 - Airil Rizman Zahari 66-72-65-68, Nicholas Fung 69-67-69-66;

274 - Kenneth De Silva 70-67-67-70;

275 - Shaaban Hussin 63-73-71-68;

276 - Kim Leun Kwang 69-69-72-66;

277 - Low Khai Jei (A) 70-72-68-67, Hans Jamil 71-66-71-69.

 (Nota: (A) adalah pemain amatur)

Tags / Kata Kunci: Airil Rizman Zahari , PGM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan