Olahraga Dunia IAAF: Rudisha Ikut Jejak Bett Rangkul Juara Dunia

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2015 9:57 PM

Rudisha mengibar bendera negaranya sebaik sahaja dinobatkan juara 800 meter dunia.

(Ubah saiz teks)

DAVID Rudisha dari Kenya mengungguli acara 800 meter lelaki pada saingan akhir Kejohanan Olahraga Dunia di Beijing, Selasa malam.

Rudisha mencatat 1:45.84s meninggalkan atlet dari Poland, Adam Kszczot 1:46.08, manakala Amel Tuka dari Bosnia-Herzegovina di tempat ketiga.

Jaguh Olimpik London 2012 kembali menguasai balapan kejohanan dunia selepas tidak beraksi dua tahun lalu di Moscow kerana kecederaan.

Rudisha menamatkan saingan lebih tenang selepas pencabar terdekat yang pernah menewaskannya sebanyak enam kali dalam perlumbaan lain sebelum ini, Nijel Amos terkeluar pada aksi separuh akhir Ahad lalu.

Dalam pada itu, Rudisha tidak menyambut kejayaannya berseorangan apabila rakan senegaranya, Nicholas Bett turut bergelar juara dunia selepas bersaing sengit dalam acara 400 meter berpagar lelaki.




Bett berjaya mencatat masa terpantas 47.79s meninggalkan pelari Rusia, Denis Kudryavtsev (48.05s), manakala atlet Bahamas, Jeffery Gibson di tempat ketiga dengan masa 48.17s.

Tags / Kata Kunci: David Rudisha , Kenya , 800m

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan