Mohd Nazifuddin Suara Muda Dalam MOM

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 7:16 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anak perdana menteri, Mohd NazifuddinMohd Najib menyifatkan pemilihannya sebagai naib presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebagai 'suara muda' dan ejen membawa perubahan dalam badan induk persatuan-persatuan sukan kebangsaan itu.

Mohd Nazifuddin, 32, berkata beliau diberikan kepercayaan dan mandat oleh ahli gabungan MOM disebabkan keyakinan mereka terhadapnya yang bakal memberikan nafas baharu kepada badan induk itu.

"Saya bawa suara orang muda dan mereka tengok saya sebagai ejen untuk bawa perubahan. Saya memang betul-betul perlukan sokongan daripada MOM untuk tingkatkan prestasi sukan dalam negara.

"Pada pendapat saya, MOM perlu lebih aktif dan kita perlu lebihkan aktiviti melibatkan atlet muda. Kita kena tarik lebih banyak anak muda dalam sukan," katanya yang juga Timbalan Presiden Taekwondo Malaysia.

Dalam sembilan calon merebut lima jawatan naib presiden, Mohd Nazifuddin mendapat undi tertinggi iaitu 75 diikuti Datuk Megat Zulkarnain Omar Din (64), Datuk Ong Poh Eng (63), Datuk Zakaria Ahmad (62) dan wakil wanita, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar yang menang tanpa bertanding pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-34  (AGM) sesi 2015/2017 yang berlangsung Sabtu lalu.

Mohd Nazifuddin berkata beliau memerlukan lebih banyak masa untuk membuktikan keupayaannya dalam menguruskan organisasi sukan, sekali gus menarik minat anak muda untuk menyertai sukan.

Mengulas mengenai barisan pemimpin MOM bagi sesi 2015/2017, Mohd Nazifuddin berkata beliau merasakan pemilihan kali ini dibarisi oleh pemimpin yang berpengalaman luas dalam mentadbir badan sukan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan