Golf: Maybank Tarik Diri Sebagai Penaja Utama Terbuka Malaysia 2016

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 8:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Persatuan Golf Malaysia (MGA) mengumumkan bahawa Maybank menarik diri sebagai penaja utama Terbuka Malaysia 2016, acara golf profesional berprestij yang diadakan sejak sekian lama di Asia.

Presidennya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata Maybank berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan diberi tentang isu penting yang mereka timbulkan sebagai penaja utama kejohanan berkenaan.

"Sepucuk surat telah dihantar kepada Pengerusi Maybank untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai penjelasan yang tidak memuaskan hati mereka itu,tetapi dukacita dimaklumkan bahawa hingga kini, tiada jawapan rasmi diterima,"katanya kepada pemberita di pejabat MGA, di sini pada Isnin.

Mohd Anwar berkata Maybank mengenakan tiga syarat termasuk bertegas untuk mengambil Globalone sebagai promoter acara itu, sedangkan MGA telah melantik dan menandatangani kontrak dengan World Sports Group (WSG) sebagai promoter.

Beliau berkata dua lagi syarat yang diberi Maybank ialah kejohanan itu mesti diadakan pada Februari dan venue dipilih ialah Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC).

"Globalone yang menghadiri taklimat tender pada 14 Mei, mengemukakan kepada MGA sepucuk surat bertarikh 25 Mei yang menjelaskan bahawa mereka tidak mampu memenuhi skop perkhidmatan dan terma serta syarat yang terkandung dalam dokumen tender. Oleh itu, mereka tidak berminat menyertai urusan tender itu.

"Pada tarikh tutup iaitu 25 Mei, dua cadangan dikemukakan WSG dan Parallel Media Group (PMG). Melalui urusan tender itu, kami melantik dan menandatangani kontrak dengan WSG. Kami perlu meneruskan urusan ini kerana kami tidak boleh menolak promoter baharu kami. Itulah dilema yang kami hadapi sekarang," katanya.

Di sebalik penarikan diri oleh Maybank itu, Mohd Anwar memberi jaminan kepada peminat golf di Malaysia dan rantau ini bahawa kejohanan golf Terbuka Malaysia akan diadakan di venue dan pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Katanya ketika ini, MGA dan WSG meneruskan perbincangan dengan pihak berkenaan dan pihak berkepentingan yang bersedia berkongsi visi dan misinya untuk memastikan kejohanan golf itu dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan pada tahun-tahun akan datang.

Mengenai jumlah hadiah pada kejohanan itu, Mohd Anwar berkata beliau akan memastikan penaja utama baharu akan mengekalkan hadiahnya sebanyak US$3 juta (kira-kira RM12.6 juta).

Maybank menjadi penaja utama kejohanan ini sejak 2006.

Pada 31 Julai, Pengerusi Maybank Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor mengumumkan bank itu akan menganjurkan kejohanan golf sulungnya iaitu Kejohanan Maybank Malaysia (MCM) pada Februari 2016.

Kejohanan itu menawarkan hadiah US$3 juta untuk menjadikannya kejohanan golf yang menyediakan hadiah paling lumayan di Asia Tenggara serta mendapat kelulusan daripada Jelajah Eropah dan Jelajah Asia.

Tags / Kata Kunci: Maybank , Golf , penaja

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan