Khairy Gesa MOM Perkuat Persatuan Sukan Yang Lemah

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 7:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yakin kepimpinan baharu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mampu membantu kementerian bagi memastikan Malaysia menjadi penganjur terbaik Sukan SEA 2017.

Justeru, beliau menggesa MOM membantu memperkuatkan sesetengah persatuan sukan kebangsaan yang bukan sahaja lemah dalam aspek pengurusan, malah menghadapi masalah kewangan sehingga memaksa mereka meminta dana daripada kerajaan untuk menjalankan aktiviti masing-masing.

"Tugas utama MOM adalah untuk memastikan persatuan sukan (kebangsaan) ini kuat," kata Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO ketika ditemui Bernama, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di sini, Isnin.

"Jadi, saya harap pada penggal 2015-2017, MOM boleh memberi fokus dan penekanan kepada usaha untuk memperkuatkan lagi pengurusan persatuan-persatuan sukan (di negara ini)," katanya.

Khairy berkata beliau tidak mempunyai masalah meneruskan hubungan baik yang sedia terjalin bersama badan induk sukan negara itu, terutama dengan Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar yang berjaya mempertahankan jawatan presiden yang disandangnya sejak 1998.

"Saya melihat kemenangan berkenaan (pada pemilihan MOM Sabtu lepas) adalah satu kemenangan yang jelas memandangkan mereka (pucuk pimpinan baharu) mendapat majoriti (undi) yang agak besar," katanya.

Pada pemilihan sempena Perhimpunan Agung Tahunan MOM Sabtu lepas, Tunku Imran memperoleh 63 undi berbanding 41 yang diterima pencabarnya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, yang merupakan Presiden Persatuan Golf Malaysia.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria pula memenangi kerusi Timbalan Presiden selepas menewaskan penyandang, Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim Mohamad Noor menerusi kiraan 78-26 undi.

Dalam pada itu, Khairy menggesa skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh melakar kemenangan pada pusingan kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Emiriah ArabBersatu (UAE) di tempat lawan pada 3 September ini, dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, lima hari kemudian.

Kemenangan itu, katanya amat penting bagi menghidupkan kembali peluang Malaysia meraih slot automatik ke pusingan akhir kejohanan bola sepak empat tahun sekali itu, yang bakal diadakan di UAE.

"Saya harap mereka dapat memenangi (kedua-dua) perlawanan tersebut," kata Khairy.

Malaysia kini menduduki tangga tercorot daripada empat pasukan dalam kumpulan A dengan hanya mengutip satu mata menerusi satu keputusan seri dan satu kekalahan.

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , MOM , Harimau Malaya

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan