Cole Dipilih Sebagai Presiden IAAF Baharu

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2015 4:27 PM

(Ubah saiz teks)

SEBASTIAN Coe dari Britain dipilih sebagai Presiden Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) baharu yang diumumkan di Pusat Konvensyen Beijing pada Rabu.

Coe menjadi presiden keenam IAAF dalam tempoh 103 tahun selepas menewaskan Sergey Bubka dalam pemilihan badan induk olahraga dunia dengan majoriti 23 undi selepas memperoleh sebanyak 115 undi daripada 207 ahli persatuan yang melakukan undian pada pemilihan itu.

Manakala Bubka yang juga pemenang pingat emas acara lompat galah Olimpik 1988 dan juara dunia sebanyak 10 kali, mendapat 92 undi.

Cole menerima ucapan tahniah daripada Bubka (kanan) sebaik sahaja diumumkan sebagai presiden baharu IAAF.

Pemenang pingat emas Olimpik 1980 dan 1984 bagi acara larian 1,500 meter menganggap kemenangan dalam pemilihan ini antara saat yang paling indah dalam hidupnya.

Jawatan Presiden IAAF sebelum ini disandang oleh Lamine Diack, 82, dari Senegal, yang tidak mempertahankan kedudukannya selepas 16 tahun berkuasa.

"Ucapan ini tidak ada dalam sebarang persediaan, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sergey yang memberi kempen terbaik sebelum ini.

Cole memeluk Diack yang telah mengemudi IAAF selama 16 tahun.

"Saya yakin kami berdua telah menunjukkan tradisi kepercayaan, kami berjuang untuk mendengar penilaian.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Diack yang secara peribadinya telah memberi kebaikan kepada masyarakat serta kepercayaan kepada saya," jelas Cole.

Dalam tempoh lapan tahun memegang kerusi utama ini, Cole bakal berdepan dengan beberapa isu besar dalam sukan olahraga terutamanya iaitu kes doping.

Cole juga memberi jaminan untuk mengagihkan $100,000 dalam tempoh empat tahun kepada semua ahli persekutuan bagi menjalankan program akar umbi atlet olahraga.

Tags / Kata Kunci: IAAF , Sebastian Cole

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan