Jadikan Fit Malaysia Sebagai Budaya - Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 15 Ogos 2015 4:15 PM

Mukhriz Mahathir (tiga, kiri) dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (empat, kanan) bergambar sebelum memulakan kayuhan sejauh 30 kilometer sempena Program Fit Malaysia Siri Kedah pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Program Fit Malaysia diharap mampu dijadikan budaya dalam kalangan anak muda secara berterusan ke arah mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti kencing manis dan obesiti.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata program yang diadakan secara besar-besaran di seluruh negara bagi mewujudkan sebuah Negara Bersukan itu bukan sahaja memberi pendedahan mengenai kecergasan tetapi juga soal pemakanan sihat.

"Ia banyak kepada pendidikan, penerangan dan pendedahan supaya mereka fahami soal nutrisi, soal kandungan makanan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fit Malaysia Kedah yang disertai hampir 20,000 orang pada Ahad.

Aktiviti dalam program Fit Malaysia tidak memerlukan kemudahan atau peralatan khusus, mudah dipelajari serta boleh dilakukan pada bila-bila masa secara berseorangan atau berkumpulan seperti kayuhan dan larian.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata kesedaran pendidikan mengenai kesihatan dalam kalangan anak muda perlu diterapkan bagi mencegah penyakit berbahaya.

"Setiap tahun kita berhadapan dengan satu persoalan berapa banyak kita belanja nak bina hospital, saya fikir lebih baik kita guna duit itu untuk tingkat kesedaran anak muda mengenai kesihatan," katanya. 

Beliau berkata Kedah merupakan antara negeri tertinggi menghidap penyakit kencing manis di negara ini.

Pada Mac lepas, Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata seorang daripada empat rakyat di Kedah disahkan menghidap diabetes yang kadarnya lebih tinggi berbanding kadar kebangsaan.

Tags / Kata Kunci: Fit Malaysia , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan