Pencalonan Naib Presiden MOM Bukan Bersifat Politik - Anak Najib

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 7:37 PM

Timbalan Presiden Taekwondo Malaysia Mohd Nazifuddin Mohd Najib memberikan kata-kata semangat kepada pasukan negara (dari,kiri) Nur Abilla Atillia Sabri, Imam Roif Syahadat dan Siti Sara Wardina Sheikh Ibrahim yang akan menyertai Kejohanan Taekwondo Kadet Dunia 2015 WTF ke-2 pada majlis penyerahan bendera di Wisma OCM, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anak perdana menteri, Mohd Nazifuddin Mohd Najib tidak mahu menggunakan aura bapanya untuk merebut jawatan naib presiden pada pemilihan barisan kepimpinan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada 22 Ogos ini.

Mohd Nazifuddin, 32, calon paling muda dalam kalangan 10 pencabar merebut lima jawatan naib presiden, menyifatkan pencalonannya sempena mesyuarat agung tahunan (AGM) badan sukan negara itu bukan bersifat politik.

Sebaliknya, katanya, peluang untuk bertanding ini mungkin dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk melibatkan diri dalam pembangunan sukan negara.

"Kalau orang muda tidak diberikan peluang, jadi tiada masa tepat untuk mereka menyertainya," katanya yang baru setahun memegang jawatan Timbalan Presiden Taekwondo Malaysia (TM).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada skuad taekwondo negara yang akan menyertai Kejohanan Kadet Dunia Kedua di Wisma MOM di sini, Jumaat.

Mohd Nazifuddin berkata walaupun baru berkecimpung dalam dunia sukan tetapi secara peribadi beliau mempunyai hubungan rapat dengan persatuan sukan sejak dahulu lagi.

TM akan menghantar tiga peserta remaja iaitu Nur Abilla Atillia Sabri, Siti Sara Wardina Sheikh Ibrahim dan Imam Roif Syahadat ke kejohanan itu di Muju, Korea Selatan, dari 20 hingga 27 Ogos ini.

Pada pemilihan MOM bagi penggal 2015-2017, semua jawatan akan dipertandingkan dengan presidennya Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar dicabar selepas 17 tahun oleh Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Jawatan timbalan presiden pula menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara penyandang Tan Sri Mohammad Noor Abdul Rahim dan Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: MOM , Mohd Nazifuddin Mohd Najib

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan