AGM MOM: Khairy Harap Tiada Budaya Ekstrem

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2015 7:28 PM

Pencabar jawatan Presiden MOM, Mohd Anwar Mohd Nor (depan,tengah) dan pencabar jawatan Timbalan Presiden, Mohd Noor Abdul Rahim (depan,kiri) bergambar bersama pencabar jawatan lain untuk pemilihan pucuk pimpinan badan induk kebangsaan MOM penggal 2015-17. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya berbaki sembilan hari sebelum berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kementerian Belia Dan Sukan berharap tidak akan ada insiden ekstrem yang berlaku.

Menterinya, Khairy Jamaluddin mengharapkan agar pemilihan barisan kepimpinan baharu MOM sesi 2015/2017 pada 22 Ogos ini berlangsung secara adil, terus dan bersih.

"Harap setiap calon diberi peluang untuk membuat kempen bagi menunjukkan misi dan cadangan masing-masing.

"Malah saya juga berharap tidak perlulah ada budaya ekstrem kerana ia adalah sukan dan sekiranya ada calon-calon yang diugut, buatlah laporan polis kerana saya tidak mahu ada insiden seperti itu berlaku.

"Biarlah ia berlangsung dengan telus dan adil tanpa gangguan.

"Saya juga akan meminta Pesurujaya Sukan untuk memantau pemilihan ini," katanya kepada media pada Rabu.

Khairy berkata, pemilihan ini penting kerana sebagai badan induk bagi sukan di Malaysia, MOM memainkan peranan kritikal dan penting dalam pembangunan sukan tanah air.

"Saya berharap persatuan-persatuan sukan Malaysia memilih calon yang mereka rasa yakin untuk membuat perubahan positif kepada sukan tanah air," tambahnya.

AGM tahun ini dilihat berlainan berbanding edisi lalu memandangkan terdapat ramai muka-muka baharu yang mencuba nasib untuk jawatan-jawatan utama di MOM ini.

Selepas 17 tahun, jawatan Presiden Majlis MOM yang disandang Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar, bakal dicabar Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Jawatan timbalan presiden MOM pula menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara penyandang Tan Sri Mohammad Noor Abdul Rahim dan Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Sementara itu, Datuk Sieh Kok Chi tidak mempertahankan jawatan Setiausaha Agung yang disandang sejak 1992, sebaliknya beliau akan berdepan bekas penolongnya, T. Kumar untuk jawatan penolong setiausaha agung.

Datuk Low Beng Choo yang mendapat lampu hijau daripada Kok Chi sebagai penggantinya, akan berdepan Datuk Danyal Balagopal untuk jawatan setiausaha agung.

Pencalonan bagi kepimpinan baharu MOM dikendalikan panel bebas diketuai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ramesh Chandar Nair.


Senarai pencalonan pemilihan jawatan dalam MOM bagi sesi 2015/2017:

Presiden : Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar (Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor)

Timbalan Presiden : Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim (Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria)

Naib Presiden (5 jawatan)

1.Datuk Zakaria Ahmad

2.Datuk Mumtaz Jaafar

3.Norcigini Norizan Ismail

4. Datuk Radhakrishnan Nair

5.Datuk Taufik Omar

6.Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin

7.Mohd Nazifuddin Mohd Najib

8.Datuk Nur Azmi Ahmad

9.Datuk Ong Poh Eng

10.Chong Kim Fatt

Setiausaha Agung:

1. Datuk Low Beng Choo 

2. Datuk Danyal Balagopal 

Penolong Setiausaha Agung (Lelaki) 

1.Datuk Sieh Kok Chi

2. Kumar Thangaraju

Penolong Setiausaha Agung (Wanita):  Moira Tan Siew
(Nurliza Talhah) 

Bendahari: Yong Choo Kong (Rosmanizam Abdullah) 

Penolong Bendahari: Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin (Wong Jee Seng)

Tags / Kata Kunci: MOM , AGM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan