Jangan Putus Asa Jika KBS Tak Salur Bantuan - Ahmad Shapawi

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 7:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan sukan massa diminta tidakberkecil hati atau berputus asa sekiranya Kementerian Belia dan Sukan atau Majlis Sukan Negara (MSN) tidak menyalurkan bantuan kepada mereka untuk aktiviti tertentu.  

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata walaupun kerajaan sentiasa membantu daripada segi pembangunan sukan baru yang menjadi sukan alternatif bagi menggalakkan rakyat Malaysia bersukan untuk kesihatan, dana yang ada tidak cukup bagi menjaga semua jenis sukan.

"Kita tidak cukup dana untuk menjaga semua sukan kerana kita ada beratus jenis sukan di negara ini.  "Fokus utama tentunya kepada sukan yang konsisten dipertandingkan di peringkat paling bawah sekali iaitu Sukan SEA," katanya selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan dodgeball negara ke Kejohanan Dunia diLas Vegas di sini pada Isnin.

MSN, menurutnya, juga lebih memberi tumpuan kepada sukan berprestasi tinggi yang ada dalam acara Olimpik kerana ia adalah temasya tertinggi di dunia.

Skuad dodgeball negara terdiri daripada pasukan lelaki dan wanita akan memikul cabaran di kejohanan yang berlangsung pada 15 dan 16 Ogos ini.

Dalam pada itu, Ahmad Shapawi berkata persatuan dan atlet dodgeball perlu memainkan peranan penting untuk mempromosikan sukan berkenaan di negara ini memandangkan acara tersebut sudah popular di peringkat antarabangsa.

"Saya juga berharap skuad negara mampu mencatat kemenangan, kalau kalah punjangan kalah teruk kerana bila kalah teruk orang akan mula mempersoalkannya,"katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Dogdeball Malaysia, Datuk Samson David Maman berkata skuad negara menyasarkan sekurang-kurangnya untuk berada dalam kelompok tiga pasukan teratas pada kejohanan kali ini.

"Sejak kejohanan edisi pertama diadakan di Malaysia, kami sudah berada diatas podium, jadi, saya yakin kami masih mampu mengekalkannya kerana skuad ini cukup mantap," katanya.

Sukan dodgeball, seperti juga permainan 'bola cop' yang menggunakan bola tenis dan popular di kalangan pelajar sekolah pada zaman 70-an dan 80-an, menggunakan teknik yang sama iaitu menumpaskan lawan melalui lontaran bola.

Bezanya, permainan ini menggunakan bola khas diperbuat daripada getah lembutdan bersaiz besar. Format permainan juga hampir sama iaitu memerlukan enam pemain untuk satu pasukan, yang mana pemain perlu mengelak balingan pihak lawan dan cuba mematikan pemain lawan dengan lontaran bola.

Pasukan yang ahlinya paling ramai kekal di gelanggang dikira sebagai pemenang.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan