Olimpik 2016: Pandelela Mahu Kuatkan Ketahanan Mental, Fizikal

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 12:13 PM

Penerjun Negara Pandelela Rinong tiba di KLIA, Ahad selepas memenangi pingat gangsa dalam acara 10 meter platform wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia di Kazan, Rusia baru-baru ini. Beliau merupakan atlet pertama negara yang layak ke Sukan Olimpik Rio 2016.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg berhasrat untuk menguatkan lagi ketahanan mental dan fizikalnya sebelum beraksi di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Pandelela melayakkan diri ke sukan berprestij itu selepas mara ke pusingan akhir acara 10m platform wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Kazan, Rusia selain memperoleh pingat gangsa bagi acara tersebut, minggu lepas.

"Sebagai persediaan, bulan depan saya ada Kejohanan Terjun Piala Asia dan Kejohanan Terjun Malaysia di Kuala Lumpur. Bagi saya pertahanan mental dan fizikal perlu kuat selain tidak berputus asa berlatih untuk menang.

"Kedua-dua unsur ini penting bagi memastikan proses latihan saya berjalan dengan lebih fokus. Saya kena lebih gigih kerana saya yakin atlet yang layak ke Olimpik, mereka bekerja keras untuk menang," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur setibanya dari London, England.

Pandelela berkata beliau menjadikan percutian ke London selepas tamat siri Terjun Kejohanan Dunia sebagai motivasi untuknya beraksi lebih cemerlang.

Mengulas mengenai prestasinya di Kazan, pemegang pingat gangsa Sukan Olimpik London 2012 itu berkata secara peribadi, beliau berasa bangga memperoleh pingat gangsa pertama bagi acara individu.

Sebelum ini Pandelela pernah memenangi dua pingat gangsa di Kejohanan Dunia, hasil gandingan bersama Lee Mun Yee dalam acara 10m platform seirama di Rome, Itali pada 2009 dan Barcelona, Sepanyol pada 2013.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Pandelela Rinong , Olimpik 2016

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan