Sepak Takraw: Gelanggang Pasti Akan Diperbaiki - Exco Terengganu - Sukan Ekstra | mStar

Sepak Takraw: Gelanggang Pasti Akan Diperbaiki - Exco Terengganu

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 4:47 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Kerajaan negeri akan berunding dengan Kementerian Pendidikan bagi menyediakan gelanggang lebih sesuai untuk Projek Akademi Sepak Takraw Terengganu (PASTA) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Datuk Rozi Mamat berkata pihaknya menerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) akan menilai kerosakan serta infrastruktur sukan di akademi tersebut.   

Beliau berkata ia bagi memastikan latihan serta persiapan atlet yang mendapat bimbingan di akademi tersebut tidak terjejas ekoran kerosakan gelanggang tempat mereka berlatih.

"Selesai rundingan dan perbincangan, kita akan putuskan untuk membaik pulih gelanggang itu dengan kelulusan kementerian terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di sini.

Sebelum ini Pengerusi Bersama PASTA, Dr Mohammad Omar berkata sebanyak RM300,000 diperlukan untuk membaik pulih infrastruktur sukan di SMK Padang Maidin terutama bagi empat gelanggang latihan.

PASTA ditubuhkan pada bulan Julai 1999 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu bagi melahirkan lebih ramai pemain sepak takraw yang unggul.

Kini terdapat 36 pelajar yang menyertai PASTA yang berlatih sambil belajar.

Tags / Kata Kunci: PASTA , Terengganu
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan