Ben Leong Tempah Tiket Ke CIMB Classic

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2015 8:03 PM

Ben Leong bersama trofi kelayakannya untuk beraksi di CIMB Classic pada Oktober ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ben Leong mengesahkan tempatnya di kejohanan CIMB Classic Oktober ini, selepas muncul juara pusingan kelayakan nasional SapuraKencana di Kelab Golf Kuala Lumpur  and  Country, di sini, Rabu.

Walaupun beraksi agak goyah pada hari terakhir, kejayaaan yang membolehkan Leong menerima hadiah RM22,000 itu adalah suntikan terbaik buatnya selepas berehat panjang daripada Jelajah Asia akibat kecederaan belakang yang membelenggunya sejak beberapa tahun lepas.

"Kemenangan ini begitu bermakna untuk saya. Sudah tentu ia tidak dapat mengatasi kejayaan saya dalam acara Jelajah Asia.

"Tapi ia sememangnya sasaran saya untuk bermain dalam pertandingan Jelajah PGA. Impian ada kalanya menjadi kenyataan.

"Saya belum ada sasaran untuk CIMB Classic kerana ini berlaku di luar jangkaan. Saya akan berbincang dulu dengan jurulatih bagi menetapkan sasaran itu," kata pemain berusia 29 tahun yang berasal Kota Kinabalu, Sabah.

Selepas aksi cemerlang dengan mencatat empat bawah par 68 di pusingan kedua semalam, Leong gagal mengekalkan permainannya sehingga sekadar melakukan dua atas par 74 di pusingan terakhir untuk catatan keseluruhan tiga bawah par 213.

"Sebenarnya, saya agak gemuruh. Rakan sepermainan tadi juga ketawakan saya di beberapa lubang terakhir. Katanya 'adakah tangan anda menggigil' dan saya jawab ya.

"Ia agak mencabar hari ini. Danny (Chia) bermain dengan baik di sembilan lubang pertama dan bila dia melakukan bogey, ia agak membantu saya. Ini memberikan kelegaan untuk saya," katanya.

Leong juga berkata jarak di tiga lubang terakhir agak pendek yang membolehkannya bermain agak baik untuk mengatasi perasaan gemuruhnya.

Menurut Leong, dia akan terus beraksi dalam pertandingan tempatan serta kejohanan ADT (Jelajah Pembangunan Asia) sebagai persiapan menghadapi CIMB  Classic.

Berada dua pukulan di belakangnya adalah Kenneth De Silva, yang melakukan catatan terbaiknya dengan empat bawah par 68 selepas mencatat 75 dan 72 dalam dua pusingan awal.

"Permainan saya agak baik hari ini. Sepanjang permainan saya mengingatkan diri untuk melakukan yang terbaik kerana apa sahaja boleh berlaku di lapangan.

"Saya boleh mendahului tetapi aksi di lubang ke-12 dan 13 meragut peluang itu. Saya juga terlepas birdie di lubang 17 dan 18 dan ini sesuatu yang mengecewakan kerana saya perlukan satu lagi birdie untuk memberi tekanan kepada Ben," kata De Silva, 24.

CIMB Classic akan menampilkan 78 pemain iaitu 60 daripada Jelajah PGA, 10 dari Jelajah Asia dan lapan yang mendapat pengecualian daripada penaja.

Kejohanan berprestij itu juga adalah kejohanan ketiga Piala FedEx dalam Jelajah PGA, yang menawarkan mata penuh untuk Piala FedEx yang menampilkan 125 pemain terbaik dunia beraksi dalam beberapa kejohanan playoff yang menawarkan hadiah AS$10 juta kepada pemenangnya. --Bernama

Tags / Kata Kunci: CIMB Classic , Ben Leong

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan