Yan Yee Iringi Pandelela Rinong Ke Olimpik Rio

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2015 7:23 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas Pandelela Rinong Pamg, seorang lagi penerjun negara berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro tahun hadapan.

Ng Yan Yee, berjaya menempah tiket ke Sukan Olimpik selepas menamatkan saingan acara 3m papan anjal wanita individu dalam kelompok 12 penerjun yang melangkah ke peringkat akhir, Sabtu.

Pada saingan separuh akhir di Aquatic Palace, Kazan, Rusia pada Jumaat, Yan Yee menamatkan saingan berkongsi tempat ke-11 dengan penerjun Ukraine, Olena Fedorova dengan mengumpul 296.10 mata.

Saingan separuh akhir itu dimonopoli penerjun dari China, Shi Tingmao dan He Zi dengan masing-masing mengumpul 381.90 dan 371.40 mata, sementara Jennifer Abel dari Kanada ditempat ketiga dengan 353.90 mata.

Terdahulu, Yan Yee melayakkan diri ke peringkat separuh akhir selepas menamatkan saingan ditempat ke-12 dengan 294.60 mata manakala seorang lagi penerjun kebangsaan, Nur Dhabitah Sabri ditempat ke-19 dalam saingan yang  melibatkan seramai 47 peserta.

Seramai 18 penerjun terbaik sahaja mara ke peringkat separuh akhir.
Tags / Kata Kunci: Ng Yan Yee , Olimpik Rio

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan