Beijing Anjur Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 10:08 PM

Thomas Bach menamakan Beijing sebagai tuan rumah bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beijing dipilih oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Pengumuman yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia dilakukan Presiden IOC, Thomas Bach di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), petang Jumaat.

"Tahniah kepada bandaraya Beijing atas pemilihannya menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022," kata Bach.

Beijing dipilih selepas mengatasi Almaty dari Kazakhstan dengan keputusan 44 undi berbanding 40 oleh pencabar mereka, dengan seorang perwakilan berkecuali.

Kejayaan itu membolehkan Beijing menjadi bandar raya pertama menganjurkan kedua-dua Sukan Olimpik musim panas dan sejuk.

Proses undian dilakukan dua kali, pertama menerusi peranti elektronik dan kemudian dengan kertas selepas pengawas pengundian mendapati terdapat masalah dengan peranti itu.

Dalam sidang media bersama selepas itu, Bach berkata, kedua-dua bandar raya itu menampilkan pembentangan yang baik untuk memikat hati perwakilan IOC.

"Ia adalah undian yang menarik, begitu sengit. Kedua-dua bandar raya memberi pembentangan yang meyakinkan. Tahniah juga kepada Almaty atas pembentangan yang hebat dan bidaan yang menarik. 

"Ini merupakan satu pertandingan yang menarik dengan saingan yang adil," katanya.

Beliau berkata, Beijing berjaya menambat hati anggota IOC dengan kempen dua tahun mereka.

"Ia adalah penting melihat bagaimana Beijing berdepan dengan Agenda Olimpik 2020. Mereka memberi penekanan kepada belia dengan berkata menerusi Sukan Olimpik Musim Sejuk, 300 juta orang mempunyai akses untuk sukan musim sejuk," kata Bach.

Sementara itu, Datuk Bandar Beijing Wang Anshun berkata, rakyat negara itu begitu teruja dengan keputusan tersebut.

"Ini adalah satu sejarah Olimpik di mana bandar raya sama dipilih menganjurkan Sukan Olimpik musim panas dan sejuk.

"Saya juga berterima kasih kepada Almaty. Semangat dan komitmen mereka kepada pergerakan Olimpik begitu tinggi," kata Wang.

Katanya, dalam tempoh tujuh tahun akan datang, Beijing akan memastikan mereka mematuhi peraturan IOC, terutama dalam menjayakan Agenda Olimpik 2020.

Wang berkata, mereka akan menggunakan sepenuhnya pengalaman Sukan Olimpik 2008 bagi mencipta legasi baru untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2020.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan