Beijing Yakin Mampu Jadi Hos Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2015 10:50 PM

Wang Hui (kanan).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beijing yakin mereka merupakan pilihan yang boleh diyakini untuk menjadi hos Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 sepertimana terbukti pada kejayaannya sebagai hos Sukan Olimpik Musim Panas 2008.   

Jurucakap Jawatankuasa Bidaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, Wang Hui berkata Sesi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa ke-128 di Kuala Lumpur merupakan pilihan terakhir untuk Beijing memenangi 'countdown' peringkat akhir untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik itu.  

"Kami akan mengemukakan presentasi terakhir kepada para anggota IOC di sini.

"Sesi bidaan adalah penting buat kami. Undian bukan di tangan kami, ini ditetapkan oleh anggota IOC," katanya kepada Bernama, di sini pada Isnin.  

Sesi IOC ke-128 dari 31 Julai hingga 3 Ogos akan membuat keputusan berkaitan isu-isu dasar utama, termasuk pemilihan bandaraya tuan rumah bagi sukan itu dan bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk Belia 2020.  

Mesyuarat Lembaga Eksekutif dan Sesi OIC, pembentangan presentasi oleh calon-calon bandaraya tuan rumah, dan penanda tanganan Kontrak Bandaraya Tuan Rumah akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Wang berkata, Beijing mempunyai banyak kelebihan untuk menjadi hos Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Beijing sudah pun memiliki 11 dari 12 venue sukan yang sedia ada dari Sukan Musim Panas 2008, yang tidak memerlukan pembinaan venue secara besar-besaran.

"Kami juga akan mendorong 300 juta penduduk di China melibatkan diri dalam sukan itu, yang sejumlah besarnya akan mengubah lanskap sukan musim sejuk di dunia," kata beliau. 

Jika bidaan ini berjaya, Beijing akan merupakan bandaraya pertama menjadi tuan rumah bagi Olimpik Musim Panas dan Sejuk.

Tags / Kata Kunci: Sukan Olimpik Musim Sejuk , Beijing

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan