Persidangan Ke-128 IOC: Kuala Lumpur Jadi Tumpuan Dunia

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 4:32 PM

Sieh Kok Chi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya tinggal lima hari sahaja lagi, Malaysia khususnya Kuala Lumpur akan menjadi tumpuan pengiat sukan dunia.

Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 28 hingga 30 Julai diikuti Persidangan Sesi ke-128 IOC pada 31 Julai hingga 3 Ogos.  

"MOM (Majlis Olimpik Malaysia) merasa bangga dipilih menjadi tuan rumahkepada Persidangan ke-128 IOC ini. 

"Walaupun kita tidak mampu menganjurkan temasya Sukan Olimpik, menjadi tuanrumah kepada persidangan seperti ini adalah suatu penghormatan kepada negara,"kata Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi kepada Bernama.

Menurut Sieh, lebih 100 ahli Lembaga Eksekutif IOC akan hadir pada mesyuarat kali ini.

Mesyuarat tahunan berkenaan akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpurdan acara kemuncak Persidangan Sesi ke-128 IOC itu adalah pengumuman bandar untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dan Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk 2020.

"Wakil negara calon tuan rumah untuk kedua-dua temasya sukan berkenaan juga akan berada di sini," kata Sieh.

Untuk rekod, pada 7 Julai tahun lepas, Lembaga Eksekutif IOC telah mengumumkan senarai pendek tiga bandar iaitu Oslo, Norway; Almaty, Kazakhstan;dan Beijing, China bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Namun Oslo telah mengumumkan penarikan diri mereka.

Sementara itu Lausanne, Switzerland dan Brasov, Romania pula membida bagiSukan Olimpik Belia Musim Sejuk 2020.  

Sieh berkata wakil calon tuan rumah untuk kedua-dua temasya sukan berkenaan akan membuat pembentangan masing-masing pada sesi pagi 31 Julai sebelum keputusan dibuat pada hari yang sama.

"Pengumuman mengenai keputusan pembidaan itu akan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia," kata Sieh.

Persidangan ke-128 itu akan turut membincangkan mengenai lapan sukan sebagai tambahan kepada program Sukan Olimpik 2020 yang berlangsung di Tokyo, Jepun untuk pertimbangan IOC.

Tags / Kata Kunci: IOC , Datuk Sieh Kok Chi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan