Ratu Bowling Negara Raikan Keluarga Sempena Aidilfitri - Sukan Ekstra | mStar

Ratu Bowling Negara Raikan Keluarga Sempena Aidilfitri

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2015 11:36 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini menjadi perayaan terbaik buat ratu bowling wanita negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan keluarganya.

Hal ini kerana, Syaidatul Afifah menerima 'durian runtuh' bernilai RM100,000 hasil hadiah kemenangan dan insentif.

Berikutan itu, Syaidatul Afifah tidak lupa untuk membawa pulang buah tangan untuk keluarganya selepas berada di Jepun.

Bintang bowling ini juga tidak terlepas untuk meraikan keluarganya yang terdiri daripada bapanya, Badrul Hamidi Gam, Roziah Zahari (ibu), kakaknya Saidatul Athrah serta adiknya Syaidatul Afyna dengan menghadiahkan mereka tiket perlawanan Pilihan Malaysia bertemu Liverpool bernilai RM428 setiap satu.

Dia turut membelikan jersi terbaharu Liverpool untuk bapanya yang berusia 56 tahun dari Jepun.

"Baba saya, kak yong dan Fyna adalah penyokong Liverpool... tetapi ibu saya penyokong tegar Manchester United.

"Saya rasa telah memberikan hadiah terbaik buat bapa saya untuk hari lahirnya kali ini.

"Sekarang saya dapat mencari pendapatan sendiri, masa untuk saya meraikan mereka sebaik mungkin," katanya.

Syaidatul Afifah mula menempah nama sejak lapan bulan lalu apabila menjuarai Terbuka KL dan naib juara Ryan Lalisang Indonesia.

Dia kemudian memenangi Terbuka Malaysia dan dikalungkan pingat emas pada sukan SEA di Singapura.

Tags / Kata Kunci: Bowling , Singapura
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan