Berita Mengejutkan: Kejuaraan WBO Floyd Mayweather Dilucutkan

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 1:41 PM

Floyd Mayweather (kiri) menentang Manny Pacquiao, yang menyaksikan peninju dari Amerika Syarikat itu berjaya merampas tali pinggang kelas welterweight dunia dari tangan peninju dari Filipina itu.

(Ubah saiz teks)

PERTUBUHAN Tinju Dunia (WBO) pada Isnin telah melucutkan kejuaraan welterweight dunia Floyd Mayweather yang dimenanginya dari Manny Pacquiao berkuatkuasa serta merta.

Mayweather sepatutnya melangsaikan yuran persetujuan untuk menentang Pacquiao sebanyak AS$200,000 kepada WBO Jumaat lalu tetapi telah gagal berbuat demikian. Tidak diketahui mengapa Mayweather gagal membuat pembayaran itu. 

Jawatankuasa Kejuaraan Dunia WBO yang bersidang telah membuat keputusan untuk melucutkan kejuaraan peninju berusia 38 tahun itu.

Dengan keputusan itu, Timothy Bradley Jr dijangka bakal dinobatkan sebagai juara welterweight dunia yang baru. Bradley telah menumpaskan Jessie Vargas bulan lalu.

Mayweather masih mempunyai tempoh waktu 14 hari untuk mengemukakan rayuan.

"Jawatankuasa kejuaraan dunia WBO tidak mempunyai pilihan lain melainkan menarik balik pengiktirafan kejuaraan dunia ke atas Floyd Mayweather Jr. di atas kegagalannya untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh badan dunia ini sewaktu beliau menentang  Manny Pacquiao bagi gelaran welterweight," demikian menurut kenyataan rasmi WBO yang dikeluarkan lewat Isnin.

Mayweather bagaimanapun masih memegang gelaran juara tinju welterweight dunia untuk dua lagi organisasi tinju antarabangsa iaitu WBC dan WBA.

Peninju dengan bayaran paling tinggi di dunia itu masih mempunyai satu lagi perlawanan sebelum bersara iaitu perlawanannya yang ke-49 yang dijadualkan berlangsung September ini.

Sepanjang karier profesionalnya, Mayweather tidak pernah tewas.

Bekas bintang ragbi Australia, Anthony Mundine, penyandang gelaran super-welterweight perak WBC merupakan pencabarnya yang terdekat dan telah menulis surat terbuka kepada Mayweather untuk menentangnya.

Selain Mundine, lain-lain peninju berprofil tinggi yang disebut-sebut sebagai pencabarnya ialah Amir Khan, Gennady Golovkin, Kell Brook, Karim Mayfield, Andre Berto dan Shawn Porter.

Tetapi Mayweather hanya pernah menyebut dua nama sahaja sebagai pencabarnya iaitu Karim Mayfield dan Andre Berto.

Mundine, 40, yang bertukar profesion dari pemain ragbi kepada peninju profesional pada tahun 2000 mempunyai rekod yang agak memberansangkan dengan 47 kemenangan dan tewas hanya enam kali.

Dia pernah menewaskan nama-nama besar dalam kelas welterweight seperti Shane Mosley, Daniel Geale dan Pablo Daniel Zamora.

Perlawanan terakhir Mundine ialah November 2014 menewaskan juara Eropah yang belum pernah kalah, Sergey Rabchenko untuk merangkul tali pinggang super-welterweight perak WBC.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan