Liga Hoki Dunia: Impian Skuad Negara Ke Olimpik 2016 Berakhir

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 4:31 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin boleh melupakan hasrat beraksi pada Sukan Oimpik 2016 di Rio de Janerio apabila sekadar menghuni tangga keenam selepas kalah 4-1 kepada Ireland pada Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (HWL)di Antwerp, Belgium, Ahad malam.

Berikutan kekalahan pada perlawanan penentuan tempat kelima, Malaysia dibawah kendalian Tai Beng Hai masih menyimpan harapan tipis ke Rio dengan menjadi pasukan simpanan kelima di belakang Kanada, Sepanyol, New Zealand dan Ireland.

Pasukan, yang digelar 'Speedy Tigers', itu gagal melayakkan diri ke SukanOlimpik 2016 secara automatik apabila tumpas 3-2 kepada India pada perlawanan suku akhir, Rabu lepas.

Pada aksi penentuan tempat, Ireland menebus kekecewaan pada peringkatkumpulan apabila mendahului 2-0 dalam suku pertama menerusi jaringan Kyle Good pada minit kelima dan Peter Caruth, lima minit kemudian.

Pada suku ketiga perlawanan, Ireland, yang tewas kepada Malaysia 4-2 pada peringkat kumpulan, menambah jaringan ketiga menerusi Alan Sothern pada minit ke-40 sebelum Green Machine memastikan kemenangan mutlak Ireland pada minitke-59.

Malaysia memperoleh gol sagu hati menerusi Faiz Helmi Jali pada minit ke-55.

Bulan lepas, Belanda, Jerman dan Argentina menempah tiket ke Rio secara automatik manakala Kanada, yang menghuni tangga keempat pada satu lagi saingan Separuh Akhir HWL di Argentina, menduduki tangga teratas dalam senarai simpanan.

Senarai menunggu itu diikuti oleh pasukan ranking ke-11 dunia, Sepanyol yang berakhir di kedudukan kelima dan New Zealand (ranking ketujuh dunia) di tangga keenam.

Malaysia perlu berharap agar Australia atau New Zealand muncul juara Piala Oceania manakala Argentina atau Kanada menjuarai Pan American, bagi memastikan Malaysia layak ke temasya berprestij itu.

Sekiranya Jerman, Belanda, Britain atau Belgium muncul juara Eropah dan Jawatankuasa Olimpik dan Konfederasi Sukan Afrika Selatan (Sascoc) kekal dengan pendirian agar juara benua Afrika tidak mengambil bahagian maka wujud dua lagi slot untuk diisi oleh pasukan dalam senarai menunggu.

Malaysia terlepas peluang keemasan pada Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan apabila kalah kepada India di final.

Juara Sukan Asia layak secara automatik ke Sukan Olimpik. 

'Speedy Tigers' kini terpaksa menunggu kesemua kejohanan benua selesai dan berharap nasib akan menyebelahi mereka untuk beraksi semula pada Sukan Olimpik selepas 15 tahun. 

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan