Malaysia Benam Perancis, Skuad Hoki Masih Ada Harapan Ke Olimpik

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 9:00 AM

Pertemuan dengan Ireland akan menentukan kedudukan tempat kelima dan keenam , Ahad ini.

(Ubah saiz teks)

SKUAD hoki Malaysia menghidupkan harapan menempah slot ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil selepas menewaskan Perancis 4-1 pada perlawanan penentuan tempat kelima-kelapan Liga Hoki Sedunia (HWL), di Stadium KHC Dragons di Antwerp, Belgium Jumaat malam.

Pasukan digelar "Speedy Tigers" itu akan berdepan Ireland yang mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pakistan pada satu lagi aksi penentuan tempat kelima-kelapan awal hari ini, bagi penentuan tempat kelima-keenam pada Ahad ini.

Pada aksi malam ini, anak buah Tai Beng Hai terikat tanpa jaringan sehingga suku kedua permainan apabila Perancis berada di hadapan pada minit ke-18 menerusi jaringan Jean-Laurent Kieffer, sebelum Malaysia memperoleh gol penyamaan melalui Muhammad Haziq Shamsul seminit kemudian.

Malaysia kemudian mendahului pada suku ketiga perlawanan menerusi Meor Muhammad Azuan pada minit ke-37 sebelum Faizal Saari menggandakan jaringan 10 minit kemudian melalui pukulan sudut penalti.

Skuad negara mengesahkan kedudukan untuk beraksi pada perlawanan penentuan tempat kelima-keenam apabila memperoleh pukulan penalti selepas penjaga gol Perancis, Martin Zylbermann mengasari Faizal pada minit ke-57.

Zylbermann juga dilayangkan kad kuning atas kekasaran tersebut.

Ketua pasukan, Razie Rahim bijak menyempurnakan pukulan penalti untuk melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia ke atas pasukan berada di ranking ke-18 dunia itu, 3 minit sebelum wisel penamat.

Malaysia yang terlepas peluang layak ke Rio secara automatik selepas tumpas 2-3 kepada India pada aksi suku akhir Rabu lepas, kini menempuh laluan sukar apabila perlu menamatkan saingan pada kejohanan itu di tempat ke-5.

Namun, biarpun berjaya menamatkan saingan di tempat ke-5, ia belum menjamin tempat ke Rio dan skuad negara perlu berdoa agar Australia muncul juara Piala Oceania, sambil mengharapkan Argentina atau Kanada menjuarai Pan American, bagi memastikan Malaysia layak ke Sukan Olimpik 2016.

Sekiranya Jerman, Belanda, Britain atau Belgium muncul juara Eropah dan Jawatankuasa Olimpik dan Konfederasi Sukan Afrika Selatan (Sascoc), kekal dengan pendirian agar juara benua Afrika tidak mengambil bahagian, dua lagi slot adalah tersedia, dan ia peluang terbaik kepada Speedy Tigers untuk layak beraksi di Sukan Olimpik Rio. – Bernama

Tags / Kata Kunci: hoki , Olimpik , Speedy Tigers , Tai Beng Hai

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan