Fatin Nurfatehah Anggap Universiade Seperti Sukan Olimpik

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 10:46 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet memanah negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh tidak akan mensia-siakan peluang apabila beraksi pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Gwangju, Korea Selatan bulan depan.

Menyifatkan Universiade ibarat temasya sukan setaraf Sukan Olimpik, pemanah acara compound pada temasya di Gwangju itu, berkata acara berkenaan tidak dipertandingkan pada Sukan Olimpik.

Justeru, beliau berkata pertandingan di Universiade menjadi medan penting kerana ia temasya kedua terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik, walaupun menyedari bakal berdepan saingan getir termasuk dari pemanah compound nombor satu dunia, Sarah Lopez dari Colombia.    

Selepas enam tahun berada dalam skuad kebangsaan, saya akan menggunakan semua pengalaman yang ada di Gwangju nanti. 

"Hampir separuh pesaing di sana (Gwangju) memang hebat, buat masa sekarang keyakinan saya masih 50-50 apabila hari pertandingan nanti baru kita tahu keadaan di sana," kata pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu kepada Bernama.

Fatin Nurfatehah merupakan prospek pingat emas negara di Gwangju, selepas kejayaan cemerlang beliau meraih emas pada Piala Dunia di Shanghai serta tiga pingat emas di Sukan SEA Singapura baru-baru ini.

Fatin Nurfatehah juga lebih yakin pada penampilan keduanya di Universiade kali ini dan mahu memperbaiki pencapaian empat tahun lepas di Shenzhen, China, apabila tersingkir di pusingan suku akhir.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan