"Biar Allah Yang Menghakimi" - Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2015 1:06 PM

Farah Ann memenangi pingat emas dalam acara senaman lantai. - foto FAIHAN GHANI/The Star.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Biar Allah yang menghakimi, bukan kita.

Itu reaksi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin terhadap kemarahan segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan gambar pakaian yang dipakai gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi.

"Dalam gimnas Farah memukau para juri dan membawa pulang pingat emas.

"Bagi perbuatannya hanya Allah yang akan menghakiminya. Bukan anda. Jangan ganggu atlet kita," tulis Khairy di laman Twitternya pada Sabtu.

Kenyataan itu turut disokong oleh ramai pengikut Twitternya.

"Kata-kata yang bagus YB. Kita mesti menyokong atlet dan bukannya berfikiran sempit. Teruskan Farah dan tahniah," tulis Datuk Amarjit Singh menerusi akaun Twitternya, @Amarjit_Gill.

Kontroversi mengenai pakaian Farah, leotard, sejenis pakaian sendat yang dipakai oleh gimnas bermula pada Rabu selepas gambar aksi remaja berusia 21 tahun itu dimuat naik dalam Facebook, Buletin TV3.

Beberapa pengguna Facebook mula memberikan komen negatif terhadap Farah dengan mengatakan pakaian tersebut terlalu terdedah dan bertentangan dengan agama Islam.

Namun, ada di antara mereka yang mempertahankan pemenang pingat emas itu.

Farah memenangi pingat emas dalam acara senaman lantai pada temasya Sukan SEA di Singapura, Rabu lalu.

Beliau turut membantu negara memperolehi pingat emas dalam acara berpasukan, satu pingat perak dan dua gangsa dalam acara awal.


iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan