Sukan SEA: Welson Catat Rekod Baharu Renang 400m Gaya Bebas

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 11:55 PM

Perenang negara Welson Sim Wee Sheng bersama pingat emas yang dimenanginya dalam acara 400 meter gaya bebas akhir pada Sukan SEA ke-28 di Pusat Akuatik OCBC di Singapura, Khamis. Beliau memecah rekod kejohanan dengan mencatat masa 3:53:97. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Perenang muda Malaysia Welson Sim memecah penguasaan perenang Singapura di Pusat Akuatik OCBC pada hari terakhir acara renang Sukan SEA ke-28 di sini malam Khamis dengan meraih pingat emas 400m gaya bebas.

Perenang berusia 18 tahun itu, mencatat tiga minit dan 53.97 saat, meleburkan rekod Sukan SEA yang dilakar Daniel Bego 3:53.99s pada Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos dalam acara 400m gaya bebas lelaki.

Catatan masa beliau hanya kurang beberapa saat sahaja daripada menyamai rekod kebangsaan 3:53.26s yang dipegang Kevin Yeap dan dilakukan pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia pada 2013.

"Ini satu renangan yang baik. Masa yang dicatatkan hampir dengan masa peribadi terbaik saya (3:53.91s) yang dilakukan pada Terbuka Malaysia sebalum ini (pada Mac). Daniel turut mengucapkan tahniah kepada saya. Sungguhpun saya berasa agak letih, namun saya sangat gembira. Ini pertama kali saya menang pingat emas Sukan SEA," kata perenang kelahiran Kuching ini.

Beliau memenangi gangsa dalam acara 200m gaya bebas pada hari pembukaan kejohanan ini.

Dalam kemunculan pertamanya pada Sukan SEA di Myanmar dua tahun lepas, Welson Sim hanya memperoleh gangsa menerusi acara 1,500m.

Tugas seterusnya yang perlu digalas adalah Kejohanan Dunia FINA di Kazan, Rusia dari 24 Julai hingga 16 Ogos.

"Saya hanya mahu memperbaiki catatan peribadi terbaik. Saya akan mengambil bahagian dalam acara 200m dan 400m gaya bebas," katanya.

Perenang Malaysia menamatkan kempen mereka dengan meraih tiga emas, empat perak dan empat gangsa.

Tags / Kata Kunci: Welson Sim , Sukan SEA-28

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan