Muhammad Irfan Terima Kejutan Daripada Keluarga

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 11:20 PM

KEJUTAN... Pemenang pingat emas olahraga acara Lempar Cakera Mohd Irfan Shamshudin (kanan) meraikan kejayaannya bersama keluarganya sejurus selepas upacara penyampaian pingat pada temasya Sukan SEA ke-28 di Stadium Nasional di sini Khamis. Kehadiran keluarganya dari Malaysia adalah satu kejutan buat Mohd Irfan. Mohd Irfan merangkul emas dengan lontaran sejauh 56:62 meter. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: 'Emak jahat...emak jahat', jerit atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin apabila terkejut melihat kedua ibu bapanya hadir menyaksikan kejayaan beliau meraih pingat emas pada Sukan SEA ke-28 di Stadium Nasional Singapura, Khamis.

Atlet berasal dari Seremban, itu dinobatkan sebagai juara acara lempar cakera lelaki setelah melakukan lontaran sejauh 56.65m, mengatasi pencabar terdekat, Narong Benjaroon dari Thailand (52.59m).

Pingat gangsa bagi acara itu pula milik peserta Thailand, Kwanchai Numsomboon (51.02m).

Muhammad Irfan berkata pingat emas yang dimenanginya itu amat bermakna daripada sebelum ini dengan kehadiran keluarga tersayang yang datang secara mengejut tanpa memberitahunya terlebih dahulu.

Pemenang pingat emas acara yang sama pada Sukan SEA edisi Myanmar dua tahun lepas itu berkata beliau rasa gembira apabila melihat kelibat orang tersayang setelah berjaya mempertahankan pingat emas itu.

"Saya hanya menyedari emak datang baru sekejap tadi...ia amat memeranjatkan saya," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, emaknya, Rubiah Mat Sidek berkata beliau dan suaminya Shamsuddin Sani serta tiga ahli keluarga lain sengaja merahsiakan perkara itu kerana tidak ingin mengganggu tumpuan anaknya walaupun telah sampai ke Singapura dua hari lepas.

Rubiah berkata setiap hari selepas solat beliau mendoakan kejayaan anaknya dan akhirnya doanya tersebut dikabulkan (diterima) Tuhan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan